Facebook Instagram Twitter Youtube
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Search
Pendidikan Rasmi
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Login APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI...
  • Login

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

October 27, 2023
891
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Sebagai tempat pengumpulan soalan-soalan peperiksaan di bawah kementerian pendidikan Malaysia, lembaga peperiksaan telah mewujudkan aplikasi APPI login iaitu singkatan bagi aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen. Aplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu APPI sekolah rendah dan APPI menengah rendah.

Contents

  • 1 APPI Login: Aplikasi Pengumpulan Pemasangan Instrumen KPM
    • 1.1 Apa Itu APPI?
    • 1.2 Kategori Aplikasi
    • 1.3 Pengguna dan Peranan Pengguna
    • 1.4 Peranan JPN dan PPD
    • 1.5 Proses Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen
    • 1.6 Jadual Spesifikasi Ujian JSU
    • 1.7 Log Masuk
    • 1.8 Panduan Muat Turun Instrumen APPI SR dan APPI MR
    • 1.9 Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik
  • 2 MAKLUMAT LANJUT

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan Pemasangan Instrumen KPM

Apa Itu APPI?

Aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen iaitu APPI di bawah kementerian pendidikan Malaysia merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Lembaga peperiksaan yang berfungsi sebagai bank soalan dan penjanaan soalan yang standard. Daripada aplikasi ini, guru besar atau pengetua akan memuat turun soalan bagi ujian akhir sesi akademik UASA yang menyeragamkan soalan seluruh malaysia.

Sistem ini dibangunkan bagi membantu pengumpulan item serta pemasangan dan penjanaan instrumen yang standard di peringkat sekolah yang melibatkan

  1. Instrumen berkualiti tinggi
  2. Item dikawal mutu oleh panel berkepakaran
  3. Instrumen dijana berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian
  4. Item disumbang oleh guru
  5. Instrumen berbeza, setara standard
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Ikuti kami di saluran Telegram untuk mendapatkan nota dan latihan bagi sekolah rendah:

Telegram Pendidikan

Kategori Aplikasi

Aplikasi APPI mempunyai dua kategori iaitu

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
  • Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen Sekolah Rendah (APPI SR)
  1. Bagi kategori APPI SR melibatkan pelajar sekolah rendah tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6.
  2. Capaian bagi APPI SR seperti berikut: https://appisr.moe.gov.my/login
  3. Instrumen atau soalan yang disediakan dalam aplikasi ini bagi sekolah rendah merangkumi 5 mata pelajaran sahaja. Bagi mata pelajaran lain yang tidak tersenarai dalam aplikasi tersebut, akan disediakan oleh pihak sekolah. Mata pelajaran yang disediakan adalah seperti berikut:
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
  • Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen Menengah Rendah (APPI SR)
  1. Untuk kategori sekolah menengah melibatkan menengah rendah yang terdiri daripada tinkatan 1,2 dan 3.
  2. Capaian APPI MR melalui pautan berikut: https://appimr.moe.gov.my/login
  3. Bagi sekolah menengah, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan dalam pilihan instrumen atau soalan bagi ujian UASA. 20 mata pelajran tersebut adalah seperti berikut:
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Pengguna dan Peranan Pengguna

Terdapat 5 golongan atau peringkat pengguna yang menggunakan aplikasi ini.

PenggunaPeranan
Lembaga Peperiksaan1. Menetapkan format pentaksiran UASA
2. Format UASA dibangunkan dan mendapat kelulusan daripada mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Setelah format UASA diluluskan, lembaga peperiksaan akan membangunkan Jadual spesifikasi ujian JSU dan standard instrumen.
Penyumbang Item Terdiri daripada guru-guru yang terlatih
(Guru-guru yang telah dilatih oleh lembaga peperiksaan bagi menyumbang item ke dalam bank soalan KPM)
Ketua Penyumbang Item1. Terdiri daripada kalangan penyumbang item yang mengetuai kumpulan penyumbang item.
2. Tugasnya adalah untuk mengesahkan itam yang disumbangkan oleh penyumbang item.
JPN\PPD1. Bahagian sektor peperiksaan dan pentaksiran
2. Menyelenggara maklumat mata pelajaran.
3. Menyelenggara maklumat sekolah.
Pengetua\ Guru BesarMemuat turun instrumen
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Peranan JPN dan PPD

PerinkatPeranan
JPN1. Pendaftaran dan kemas kini akaun PPD.
2. Pendaftaran dan kemas kini akaun pengetua/guru besar sekolah.
3. Pendaftaran dan kemas kini maklumat sekolah
4. Kemas kini pakej mata pelajaran sekolah.
5. Memantau status muat turun instrumen.
PPD1. Pendaftaran dan kemas kini akaun pengetua sekolah
2. Kemas kini pakej mata pelajaran sekolah.
3. Memantau status muat turun instrumen

Proses Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen

ProsesPenerangan
1. Penetapan Fomat Standard1. Peranan Lembaga Peperiksaan membangunkan Jadual spesifikasi ujian JSU yang terdapat di dalamnya konteks, konstruk dan aras kesukaran.
2. Pengagihan Tugasan1. Diagihkan oleh Pegawai Subjek/ KPI
2. Kepada KPI/ Pi
3. Bina dan Sahkan Item1. Bina Item – KPI/ PI
2. Sahkan item oleh Pegawai Subjek/KPI
3. Item sah -> Bank Item
4. Jana InstrumenJanaan secara rawak
5. JPN/PPDSelenggara maklumat mata pelajaran dan sekolah
6. Muat turun InstrumenBergantung kepada mata pelajaran yang didaftar
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Jadual Spesifikasi Ujian JSU

Perkara ini menagndungi 3 perkara iaitu:

  • Konteks

Mewakili Sukatan Pelajaran Keseluruhan

  1. Pengetahuan
  2. Kemahiran.
  3. Nilai
  • Kostruk

Aras kemahiran kognitif Bloom memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil

  • Aras kesukaran

Aras kesukaran kemahiran menstabilkan aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Log Masuk

Ikuti langkah berikut:

  1. Capaian bagi APPI SR seperti berikut: https://appisr.moe.gov.my/login
  2. Capaian APPI MR melalui pautan berikut: https://appimr.moe.gov.my/login
  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan dengan betul untuk log masuk.
  4. Klik butang Log Masuk

*Nota

  1. Hanya guru besar yang boleh memuat turun instrumen, tetapi guru besar juga boleh menurunkan kuasa kepada setiausaha peperiksaan untuk berbuat demikian.
  2. Untuk mendapatkan user ID dan kata laluan, boleh berhubung kepada pentadbiran lembaga peperiksaan atau jabatan pendidikan negeri JPN dan akan diberikan melalui email pengetua yang telah dimasukkan dalam sistem.
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Panduan Muat Turun Instrumen APPI SR dan APPI MR

Pada senarai instrumen akan dipaparkan mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah berkenaan sahaja.

  1. klik butang hijau untuk memuat turun instrumen.
  2. klik butang biru untuk memuat turun panduan penskoran.

*Nota

  1. Sekiranya ada instrumen atau soalan yang memerlukan font khas seperti bahasa Arab, Tamil dan Punjab, mereka perlu memuat turun dahulu font berkenaan baru boleh muat turun soalan.
  2. Sekiranya terdapat mata pelajaran yang tidak tersedia, boleh rujuk PPD atau JPN.
  3. Pastikan untuk menyimpan dahulu instrumen dalam dokumen, selepas itu barulah mencetaknya. hal ini kerana, pihak sekolah hanya dibenarkan memuat turun sekali sahaja mana-mana instrument.
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik

Untuk murujuk garis panduan ini, anda boleh memuat turun melalui pautan di bawah:

Garis panduan pentadbiran

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai APPI KPM (APPI SR dan APPI MR), anda boleh melayari portal rasmi Lembaga Peperiksaan KPM di pautan :

Laman rasmi Lembaga Peperiksaan
Previous articleNota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6
Next articleKomsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh
Ibnu Syar

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) 2023

SPLKPM: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU

EGTUKAR KPM: PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH

Recent Posts

  • Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025
  • Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik
  • Latihan Sumatif 1 PAI Tahun 4 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Tahun 3 2025
We provide you with the latest breaking news and videos straight from the entertainment industry.
Contact us: [email protected]
Facebook Instagram Twitter Youtube

MUNGKIN MEMINATI

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

April 8, 2025
Soalan Exam Sumatif 1 Subjek Pendidikan Islam Darjah 6 2025

Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025

April 8, 2025
Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025

Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik

April 7, 2025

KATEGORI POPULAR

  • Latihan403
  • Soalan Peperiksaan332
  • Buku Panduan & Pengurusan220
  • SPM213
  • Modul207
  • Nota172
  • UPSA132
  • Utama
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hubungi
© Pendidikan SGO