Nota Bahan Bacaan Sesuai untuk Murid Sekolah Rendah

Bahan Bacaan Sesuai untuk Murid Sekolah Rendah

3487

bahan bacaan murid sekolah rendah

Bahan Bacaan Sesuai untuk Murid Sekolah Rendah. Bahan bacaan ini boleh digunakan oleh para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan yang dapat membantu kemahiran murid/anak-anak semasa berada di rumah.

Kemahiran membaca merupakan salah satu elemen asas yang perlu diutamakan semasa proses pendidikan awal kanak-kanak. Pelbagai kaedah yang boleh ibu bapa lakukan dalam menggalakkan kanak-kanak mempelajari cara untuk membaca antaranya ialah mengajarkan mereka untuk membaca mengikut suku kata. Ibu bapa digalakkan untuk menggunakan bahan bacaan yang menggunakan perkataan yang mudah dan mempunyai panduan warna pada setiap suku kata.

Jika anak-anak masih berada pada umur 3-4 tahun, ibu bapa boleh membacakan kepada mereka bahan bacaan yang ringkas ketika masa lapang. Melalui kaedah ini, mereka dapat mempelajari cara sebutan dan intonasi bagi sesuatu perkataan. Berikan peluang kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati dan bacakan bahan itu kepada mereka. Langkah ini merupakan salah satu kaedah bagi menggalakkan mereka untuk membaca.

Kanak-kanak lebih mudah dan cepat belajar apabila semua derianya digunakan. Jika mengajar kanak-kanak mengenai huruf, gunakan aktiviti seperti menepuk dan sebagainya bagi menggalakkan mereka menggunakan pelbagai deria pada badan mereka.

Ibu bapa perlulah memerhatikan cara/kaedah pengajaran yang sesuai dan diminati oleh kanak-kanak dan gunakan kaedah pengajaran tersebut dengan kerap. Misalnya, jika anak-anak gemar belajar menggunakan kad imbasan (flashcard) berbanding dengan melakukan latihan, gunakan kaedah pengajaran kad imbasan dengan lebih kerap.

Dapatkan “Bahan Bacaan Sesuai untuk Murid Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh para guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung ataupun digunakan oleh ibu bapa sebagai latihan/bahan insentif kepada anak-anak semasa di rumah.

Sila muat turun bahan mengikut pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Diharapkan agar perkongsian mengenai Bahan Bacaan untuk Murid Sekolah Rendah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam usaha untuk membantu kanak-kanak membaca.

Pada perkongsian lepas, kami juga ada berkongsi beberapa bahan bacaan yang sesuai digunakan kepada kanak-kanak seperti Bahan Bacaan Bahasa Inggeris untuk Murid Tahap 1, Cerita Pendek untuk Bacaan dan Penulisan Bahasa Inggeris serta Buku Bacaan Suku Kata Murid Tahap 1. 

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti di atas bagi semua peringkat sekolah dan bagi pelbagai mata pelajaran.