Buku Panduan & Pengurusan Bahan-bahan Aktiviti PIBG

Bahan-bahan Aktiviti PIBG

835

HIMPUNAN BAHAN AKTIVITI PIBG

Bahan-bahan Aktiviti PIBG. Persatuan Ibu bapa dan Guru merupakan sebuah persekutuan yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bagi memupuk muafakat antara guru dan ibu bapa.

Ketika berlangsungnya mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), mereka perlulah membincangkan hala tuju sekolah yang boleh memberikan manfaat kepada pencapaian anak-anak dan sekolah. Pada masa yang sama, ia ditubuhkan bagi mewujudkan kesefahaman berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab guru dan ibu bapa bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.

Tujuan PIBG ditubuhkan

Selain daripada mewujudkan keharmonian hubungan antara ibu bapa dan para guru, ia juga bertujuan untuk;

  1. Untuk mewujudkan satu forum dan perkhidmatan unutk kebajikan dan kemajuan murid dalam meningkatkan nama baik sekolah.
  2. Untuk menambah usaha sekolah dalam memenuhi permintaan kebendaan murid dalam segala kegiatan mereka.
  3. Bagi membolehkan PIBG sekolah saling bertukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.
  4. Membolehkan PIBG sekolah menambahkan dana kewangan sekolah dan menambah kemudahan fizikal bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Manakala peranan PIBG adalah;

  • Membantu dalam memberikan kemajuan kepada perkembangan dan menjaga kebajikan murid.
  • Menjadi sumber tambahan kewangan sekolah bagi membantu kekurangan dalam setiap aspek sekolah.
  • Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarat setempat.
  • Menambah keceriaan kawasan sekolah dalam mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Dapatkan “Bahan-bahan Aktiviti PIBG” di sini


Di sini kami kongsikan bahan aktiviti dalam Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memudahkan urusan para guru dan murid. Sumber bahan adalah daripada Bahan Dari Guru Besar.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja dan keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seorang Yang Di-Pertua, seorang Naib Yang Di-Pertua, seorang Setiausaha, seorang Bendahari dan 8 orang Ahli Jawatankuasa.

Guru Besar atau Pengetua Sekolag tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Pesatuan. Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG hendaklah antara 1 hingga 11 orang.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Bahan-bahan Aktiviti PIBG ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dalam menyediakan persediaan untuk melakukan Mesyuarat PIBG bagi tahun 2022.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan program sekolah yang boleh memberikan manfaat kepada para guru. Antaranya adalah:

Untuk mendapatkan lebih banyak bahan program dan bahan pendidikan yang bermanfaat sama ada untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah mahupun prasekolah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga menyediakan informasi terkini seperti bantuan-bantuan kerajaan dan sebagainya.