Modul Bahan Bantu Belajar Tema Kemerdekaan : Modul Kenali Malaysia

Bahan Bantu Belajar Tema Kemerdekaan : Modul Kenali Malaysia

390

modul kenali malaysia

Bahan Bantu Belajar Tema Kemerdekaan : Modul Kenali Malaysia. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan yang bakal kita sambut bersama tidak lama lagi, kami ingin berkongsi bahan bantu belajar yang bertemakan Kenali Malaysia.

Bahan ini sesuai untuk diberikan kepada murid prasekolah, sekolah rendah di tahap satu dan dua. Di dalam modul ini juga mempunyai lebih daripada satu aktiviti seperti aktiviti mewarna, memadankan, mengenalpasti dan sebagainya. Sesetengah modul yang terdapat di pasaran hanya menyediakan satu sahaja aktiviti bagi keseluruhan modul. Hal ini akan menyebabkan anak-anak mudah berasa bosan ketika melalukan kerja sekolah.

Oleh itu, ibu bapa dan guru adalah sangat digalakkan untuk memberikan bahan bantu belajar seperti ini kepada kanak-kanak.

Pada masa yang sama, ketika kita ingin menanamkan semangat patriotik dalam diri kanak-kanak, kita digalakkan bagi mendedahkan mereka dengan aktiviti kemerdekaan sejak mereka berumur 2 tahun lagi. Bak kata pepatah, “Meluntur buluh biarlah dari rebungnya”.

Ketika mereka masih kecil, ia merupakan usia yang sangat sesuai untuk membentuk kelakuan mereka. Sebagai contoh, ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak mereka petah berbahasa inggeris telah mengajar mereka ketika bayi lagi, hal ini kerana ia akan menyebab bayi akan senang mengingati setiap perkataan berbanding dengan otak orang dewasa.

Dapatkan “Bahan Bantu Belajar Modul Kenali Malaysia” di sini


Di sini kami ingin berkongsi bahan tersebut. Sila muat turun melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Ibu bapa juga digalakkan untuk memuat turun bahan ini sebagai bahan tambahan untuk kanak-kanak.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Tema Kenali Malaysia

Modul ini mengandungi topik:

  • Kenali Slogan Malaysia Prihatin
  • Kenali Jalur Gemilang
  • Kenali Mercu-mercu tanda Malaysia
  • Kenali bendera Negeri dalam Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
  • Kenali Rukun Negara
  • Kenali Bunga Kebangsaan

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Bahan Bantu Belajar Tema Kemerdekaan : Modul Kenali Malaysia ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak.

Selain daripada bahan bantu belajar, kami juga ada menyediakan informasi terkini berkenaan jawatan kosong kerajaan, bantuan kerajaan dan sebagainya.

Bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan lebih banyak bahan pembelajaran bagi murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.