Modul KOLEKSI MODUL BINA AYAT TAHAP 1 (BAHASA MELAYU)

KOLEKSI MODUL BINA AYAT TAHAP 1 (BAHASA MELAYU)

1264

Admin paling suka aktiviti dan soalan yang berkaitan dengan bina ayat. Apabila diberi tugasan oleh guru terutama sekali bina ayat yang berdasarkan gambar, bagi admin ia sangat mudah dan seronok untuk diselesaikan kerana ia bukan sahaja meransang minda untuk kita mencari perkataan dan susunan ayat yang bersesuaian untuk menggambarkan situasi tetapi juga kita dapat melatih minda untuk menjadi lebih kreatif dan melihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza.

Soalan bina ayat juga merangkumi markah yang agak tinggi. Ini juga merupakan asas kepada penulisan karangan yang baik.

Sebelum menguasai asas membina ayat, pastinya murid perlu menguasai dan memahami dengan baik penggunaan tatabahasa dalam penulisan.

Di sini admin kongsikan beberapa modul bina ayat untuk tahap 1, dengan modul ini, sesi latihan akan lebih menarik dan mudah untuk difahami oleh pelajar.

3 TIPS TARIK PERHATIAN PELAJAR UNTUK BINA AYAT :-

  1. Mulakan dengan memberi gambar yang menarik walaupun hanya gambar sebuah basikal tetapi pastikan setiap maklumat dinyatakan dengan terperinci seperti warna, saiz, model dan harga.
  2. Adakan sesi soal jawab sebelum memulakan tugasan bina ayat untuk memastikan pelajar faham tentang apa yang harus mereka ceritakan.
  3. Sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada pelajar untuk terus mencuba dengan lebih.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

MUAT TURUN MODUL BINA AYAT TAHAP 1 :-