Buku Panduan & Pengurusan Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kanak

Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kanak

1536
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Gambar hiasan Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank

Pada Kali ini, admin akan berkongsi tentang cara membuat buku log pengakap bagi kanak-kanak sekolah rendah. Seperti yang kita tahu, UPSR sudah dimansuhkan, oleh itu penilaian murid tertumpu kepada pelbagai sudut.

Antara pentaksiran tersebut adalah pentaksiran aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum (PAJSK) iaitu penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

Buku Log Pengakap

Pendahuluan

Dalam Pengakap laporan bertulis biasanya dipanggil ‘Log’. Buku ‘Log merupakan satu catatan atau rekod yang boleh dijadikan panduan berguna dan bersejarah bagi kejayaan seseorang Pengakap. lanya menjadi kebanggaan seorang Pengakap yang telah mencapai taraf kepengakapan yang tertinggi iaitu Anugerah Pengakap Raja.

Kandungan Buku Log

Buku Log merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi satu- satu kejadian yang dirancang atau dijadualkan. Namun, ia bukan salinan yang diambil daripada buku rujukan atau skema Pengakap. Rakaman peristiwa ini dilapor dan dibantu dengan gambar penulis buku log melakukan aktiviti, gambarajah, lukisan, lukisan lakaran, dan contoh untuk menguatkan lagi kejadian tersebut. Buku log mengandungi perkara berikut:

i. Keterangan dan maklumat peribadi,

li. Sejarah pergerakan kepengakapannya;

iii. Kejayaan di dalam ujian lencana,

iv. Penyertaan dalam kursus, seminar, jambori, perkhemahan, kem latihan, Kursus Ketua Patrol, bengkel dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.

Jenis-jenis Log Atau Laporan

a. Log Pengembaraan

b. Log Cuaca dan Alam Semulajadi

c. Log berkenaan dengan Kursus, Seminar dan sebagainya

Cara Menyampaikan Log Atau Laporan

a. Laporan Secara Lisan

Disampaikan mengikut susunan nota dengan tertib dan teratur. Pelapornya hendaklah menyampaikan dengan ringkas, padat dan menarik.

b. Laporan Secara Bertulis

Hendaklah ditulis mengikut format tertentu supaya dapat menggambarkan satu keterangan yang jelas di bawah tajuk tersebut.

Log Atau Laporan Yang Baik

a. Fakta yang disampaikan adalah yang benar-benar berlaku dan asli;

b. Laporan atau log yang disediakan hendaklah jelas, padat, tepat dan ringkas;

c. Ditulis mengikut susunan format yang ditentukan;

d. Kesimpulan- satu laporan itu hendaklah menarik, tepat dan asli.

Fungsi Utama Buku Log

  1. Mengukur pencapaian dan penguasaan ahli Pengakap terhadap sesuatu kemahiran
  2. Melatih ahli Pengakap mencari dan mencatat maklumat
  3. Menanamkan minat yang tinggi dalam dunia Kepengakapan
  4. Memberi ilmu dan kemahiran baharu kepada ahli Pengakap
  5. Mewujudkan semangat setia kawan dan kerjasama antara ahli dalam patrol
  6. Mewujudkan persaingan sihat di antara ahli Pengakap
  7. Memberi peluang kepada Pemimpin dan ahli Pengakap itu mengenali potensi diri
  8. Melahirkan ahli Pengakap yang bertanggungjawab dan berkualiti, dan Sebagai bahan rujukan kepada ahli-ahli Pengakap yang lain.

Jangan lupa, ikuti kami di telegram untuk mendapatkan bahan nota dan latihan lebih banyak melalui pautan berikut:

Panduan Penyediaan Buku Log Pengakap Kanak-kanak

Penyediaan Buku Log Untuk Pengakap Kanak-kanak Sahaja

Keputusan Mesyuarat Pasukan Latihan Negara Bil. 2/2019 yang bersidang pada 23 November 2019 berkenaan penyediaan buku log unit Pengakap kanak-kanak adalah seperti berikut:

Cadangan penggunaan buku log unit Pengakap Kanak-kanak boleh menggunakan buku aktiviti yang terdapat di pasaran atau menggunakan kaedah tampalan nota dan mewama untuk penulisan buku log Pengakap Kanak-kanak, supaya mudah digunakan oleh Pengakap Kanak-kanak. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat yang hadir.

Oleh yang demikian, penyediaan buku log bagi unit Pengakap Kanak-kanak dibenarkan menggunakan kaedah tampalan nota dan mewarna bagi semua lencana untuk unit Pengakap Kanak-kanak.

Pengesahan Perolehan Lencana

  1. Penganugerahan semua lencana perlu dibuat selepas ahli Pengakap menyiapkan buku log dengan jayanya meliputi semua skim latihan lencana.
  2. Pemimpin Unit atau Pemimpin Kumpulan perlu menyemak buku log setelah ahli Pengakap menyiapkan buku lognya. Pemimpin perlu menandakan laporan yang tidak lengkap dan memberi cadangan penambahbaikan laporan atau fakta kepada calon untuk diperbaiki laporan atau fakta tersebut di ruang komen.
  3. Pemimpin Kumpulan perlu menyerahkan buku log calon yang telah siap kepada Jawatankuasa Lencana Daerah untuk disemak dan disahkan.
  4. Jawatankuasa Lencana Daerah perlu menyerahkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk disahkan dan mengeluarkan sijil lencana.
  5. Calon boleh memakai lencana setelah buku log disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Lencana Daerah serta Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank

Penulisan Laporan Dalam Buku Log

  1. Laporan disediakan 100% bertulis tangan dengan menggunakan ball pen dan tidak menggunakan gel pen.
  2. Pen berwarna merah, ungu dan hijau tidak boleh digunakan oleh ahli Pengakap dalam penulisan buku log.
  3. Laporan perlu disertakan dengan gambar asli yang jelas kelihatan muka ahli Pengakap melakukan aktiviti lencana (dicetak sendiri menggunakan kertas foto- kertas foto murah boleh dibeli dari pasaraya besar atau kedai buku).
  4. Gambar rajah (ilustrasi):
  • 10% gambar rajah disediakan secara cetakan komputer dan diwamakan oleh penulis buku log.
  • 18.5.2. 90% gambar rajah dilukis atau dilakar sendiri serta diwarnakan oleh penulis buku log.
  • Penggunaan tracing paper’ dibenarkan untuk melukis gambar rajah (ilustrasi) atau membuat lakaran..

Halaman Pertama Buku Log

Tercatat dengan lengkap biodata ahli Pengakap seperti berikut:

Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank

Halaman Kedua Buku Log

Maklumat biodata ahli Petrol adalah seperti berikut:

Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank

Ruangan Catatan di setiap muka surat

Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1- 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :

1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
3) Penambahan fakta

(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)

Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank

Template Buku Log Pengakap Kanak-kanak Tahun 4 hingga Tahun 6

Ini adalah buku log pengakap kanak-kanak yang telah diubahsuai dan dimudahkan menjadi satu buku sahaja dari tahun 4 sehingga tahun 6. Buku log ini juga merangkumkan semua lencana yang perlu dijalankan oleh pengakap kanak-kanak dalam sebuah buku sahaja.

Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank
Panduan Membuat Buku Log Pengakap Kanak-kank

Mari dapatkan buku log ini melalui pautan berikut: