Nota Kepentingan Mempelajari Sejarah Dan Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah

Kepentingan Mempelajari Sejarah Dan Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah

1278
Kepentingan Mempelajari Sejarah Dan Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah
Gambar Hiasan tugu pahlawan tajuk Kepentingan Mempelajari Sejarah Dan Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah

Bagi mengekalkan kemerdekaan dan keamanan sesebuah negara, kepentingan mempelajari sejarah negara dan perjuangan pahlawan terdahulu perlu dipupuk dalam hati rakyat sejak di bangku sekolah lagi.

Mempelajari Sejarah

Bermula dari tahun 4, pelajar telah didedahkan dengan mata pelajaran sejarah. Bahkan, pada tahun 2013 subjek sejarah menjadi subjek wajib lulus bagi SPM.

Sebelum ini, kompenen Sejarah dimasukkan dalam subjek Kajian Tempatan. Bermula pada tahun 2014 subjek kajian tempatan telah dimansuhkan dan diganti dengan subjek sejarah bagi murid-murid tahun 4 yang merupakan perintis Kurikulum Standard Sekolah Rendah  KSSR.

Maksud Sejarah

Bagi memahami kepentingan mempelajari sejarah, perkara utama adalah kita perlu faham maksud sejarah. Bak kata pepatah “sesiapa yang melupakan sejarah, pasti akan mengulanginya”

Menurut kamus dewan edisi keempat, sejarah merujuk kepada ilmu kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu, tawarikh iaitu sejarah Tanah Melayu, ahli sejarah, sejarah umum iaitu sejarah mengenai seluruh dunia yang bersejarah.

Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), pengertian sejarah didefinisikan sebagai catatan tentang masyarakat umum manusia atau peradaban manusia yang terjadi pada watak atau sifat masyarakat itu. Maka dapat dikatakan bahawa sejarah merupakan peristiwa masa lalu tentang manusia yang disusun secara sistematik.

Menurut Ibnu Khaldun pengertian sejarah bukan hanya sekadar catatan yang ada dalam catatan harian seseorang ataupun rekod-rekod mengenai sesebuah pertubuhan atau pejabat. Pengertian sejarah ialah bererti hasil penyelidikan tentang catatan masa yang telah lalu yang dianggap penting dan menarik minat orang untuk mengkajinya. Menurutnya lagi sejarah ialah pengetahuan tentang masa lalu.

Kepentingan Mempelajari Sejarah Dan Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah
Gambar hiasan Kepentingan Mempelajari Sejarah Dan Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah

Ikuti kami di saluran telegram bagi mendapatkan lebih banyak lagi nota dan latihan melalui pautan berikut:

Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah

Perbincangan kita berkaitan kepentingan mempelajari sejarah akan bermula dari zaman penjajahan sehingga mata pelajaran sejarah secara rasmi menjadi subjek teras.

ZamanPerlaksanaan
zaman penjajahan British1. Mata pelajaran Sejarah dijadikan saluran propaganda British yang amat berkesan.
2. British memperkenalkan kurikulum Sejarah yang berbeza-beza antara sekolah aliran British dan sekolah aliran Melayu.
3. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil pula menggunakan kurikulum Sejarah dari negara China dan India.
4. Sejarah British diberi tempat yang penting dalam kurikulum Sejarah.
5. Wujudnya jurang dalam pendidikan sejarah antara murid sekolah aliran Inggeris, Cina dan Tamil.
6. Hal ini mengakibatkan identiti dan nilai kerjasama tidak wujud dalam kalangan masyarakat ketika itu.
Peringkat awal pendidikan Sejarah yang diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Melayu1. Berbentuk Kesusasteraan Melayu Klasik.
2.British tidak menekankan pendidikan Sejarah tempatan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu kerana dikhuatiri sejarah tempatan boleh menggugat kepentingan politik dan ekonominya.
Selepas Perang Dunia ke-21. Kurikulum Sejarah mula memberi penekanan ke arah perpaduan dan integrasi kaum.
2. Pada tahun 1973, terdapat perbincangan untuk mengkaji semula kurikulum Sejarah.
3. Beberapa forum seperti Kongres Kebudayaan Malaysia 1971, Seminar Sejarah Malaysia I dan II yang diadakan dalam tahun 1973 dan 1974 telah diadakan untuk membincangkannya.
4. Dapatan seminar telah menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan pendekatan ‘berpusatkan ke-Malaysiaan’ dalam menggubal sukatan pelajaran dan penulisan buku teks Sejarah.
Pada tahun 19891. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.
2. Fokus terhadap sejarah tempatan telah diterapkan dalam kurikulum.
3. Pembahagian tajuk pula dilakukan mengikut tema-tema (PPK, 2002).
Tun Abdullah Ahmad Badawi
2008
1.Kerajaan mencadangkan mata pelajaran Sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan para pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah.
2. Kerajaan berhasrat menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran wajib di sekolah rendah. Pengenalannya adalah selaras dengan transformasi sistem pendidikan negara dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Zaman Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak
1. Mata pelajaran Sejarah telah diajar di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
2. Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata pelajaran Sejarah akan mula diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014.
3. Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah diajar menggunakan pendekatan education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.
4. Pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR telah menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan yang telah dimansuhkan secara berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016.
5. Pada tahun 2013 subjek sejarah menjadi subjek wajib lulus bagi SPM.
Kepentingan Mempelajari Sejarah Dan Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah
Kepentingan Mempelajari Sejarah Dan Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah

Kepentingan Mempelajari Sejarah

Setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri keranaini merupakan sejarah negara kita.oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah.

Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu

Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu merupakan kepentingan mempelajari Sejarah. Mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan mengulangnya dan membawa kepada kejatuhan negara.

Kesilapan orang terdahulu sewajarnya diambil berat dan bukannya dipandang enteng sahaja kesannya amat menyakitkan. Buktinya pada zaman pendudukan jepun orang kita terdahulu hidup terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan akibat mempercayai janji palsu jepun.

Menimbulkan Rasa Patriotisme Dalam Kalangan Masyarakat

Masyarakat sekarang kurang menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Akibat daripada itu semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan remaja.

Menyedari Kepentingan Mengekalkan Perpaduan Kaum.

Kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat pokok dan rakyat kita ibarat akar. pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil, maka, perpaduan dapat dikekalkan.

Negara kita penah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13 mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara pada masa itu ibarat telur di hujung tanduk. Selepas terjadinya peristiwa hitam itu, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa perpaduan antara kaum itu dipelihara agar tragedi itu tidak berulang kembali.

Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

  • Mengenal asal usul sesuatu tempat, kemunculan bandar, sistem pemerintahan, budaya dan tamadun. Setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan Malaysia itu sendiri.
  • Menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Rakyat sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita.
  • Mengenali tokoh tertentu yang melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman. Tugas kita sekarang, hargai keringat para pejuang silam.
  • Menambah pengetahuan dalam diri. Segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari. bahkan ia juga mengelakkan kita tidak buta sejarah. Ia juga menjadikan kita tahu bangunan dan lokasi bersejarah di negara kita, bukan sahaja belajar sejarah Malaysia malah sejarah dunia/negara lain.
  • Membuka minda pelajar agar bersyukur dan belajar menghargai kesenangan dan kemewahan yang dinikmati hari ini setelah memahami kepentingan mempelajari sejarah.