Buku Teks Buku Teks PDF KSSM Tingkatan 1 Reka Bentuk dan Teknologi

Buku Teks PDF KSSM Tingkatan 1 Reka Bentuk dan Teknologi

4846

 

Buku Teks PDF KSSM Tingkatan 1 Reka Bentuk dan Teknologi. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsi buku teks dalam bentuk digital berformatkan PDF bagi salah satu mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk dimuat turun iaitu bagi mata pelajaran Tingkatan 1 Reka Bentuk dan Teknologi.

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Bagi memastikan kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah, transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM diperkukuh dan ditambah baik bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Kurikulum baharu ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh dan tahap persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Tiga standard yang perlu dicapai oleh murid ialah standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang disediakan bagi setiap peringkat.

Pelaksanaan KSSM secara Berperingkat
Mulai Tahun 2017

Ini bermaksud, KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat pada semua peringkat sekolah menengah dan selaras dengan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) pada peringkat sekolah rendah seperti berikut:

  1. Tingkatan 1 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2017 terhadap semua pelajar Tingkatan 1)
  2. Tingkatan 2 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2018 terhadap semua pelajar Tingkatan 2)
  3. Tingkatan 3 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2019 terhadap semua pelajar Tingkatan 3)
  4. Tingkatan 4 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2020 terhadap semua pelajar Tingkatan 4)
  5. Tingkatan 1 (KSSM mula dilaksanakan bermula tahun 2021 terhadap semua pelajar Tingkatan 5)

Sehubungan dengan itu, buku teks KSSM Tingkatan 1 mula digunakan di semua sekolah menengah di Malaysia bermula tahun 2017 menggantikan buku teks KBSM yang sedia ada. Anda boleh memuat turun buku teks ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Buku Teks PDF KSSM Tingkatan 1 Reka Bentuk dan Teknologi” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Cara memuat turun buku teks PDF ini adalah seperti gambar di bawah:

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan bersaiz 183MB.

Download : Buku Teks PDF KSSM Tingkatan 1 Reka Bentuk dan Teknologi

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Buku Teks PDF KSSM Tingkatan 1 Reka Bentuk dan Teknologi sedikit sebanyak dapat memudahkan semua pihak khususnya guru-guru dan murid dalam melaksanakan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.