Buku Teks Buku Teks PDF KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 Pendidikan Islam

Buku Teks PDF KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 Pendidikan Islam

8040

 

Buku Teks PDF KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 Pendidikan Islam. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsi buku teks dalam bentuk digital berformatkan PDF bagi salah satu mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 untuk dimuat turun iaitu bagi mata pelajaran Tahun 1 Pendidikan Islam.

Pengenalan

Umum sedia maklum, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyarankan KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 disemak semula dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah rendah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP).

Kelebihan Penggunaan Buku Teks

  1. Sebagai bahan bantu mengajar yang membantu guru dalam proses bagi merancang organisasi dan maklumat serta aktiviti dalam PdPc..
  2. Bahan/Sumber rujukan utama murid sekolah rendah yang membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan.
  3. Sumber maklumat yang seragam. Memudahkan guru mengajar kerana semua murid mempunyai sumber pelajaran yang sama.
  4. Mempunyai gambar, graf, peta, dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid.
  5. Mempunyai bahan-bahan pengajaran seperti latihan dan soalan yang meringankan beban guru dalam penyediaan bahan PdPc.
  6. Soalan-soalan peperiksaan dibuat berdasarkan buku teks dan memudahkan murid mengulang kaji semua isi pelajaran dalam buku teks.
  7. Dibuat berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengehadkan tahap penguasaan pelajar mengikut darjah.
  8. Tidak membebankan ibubapa untuk membeli buku teks kerana diberi percuma oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, buku teks KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 akan mula digunakan di semua sekolah rendah di Malaysia bermula tahun 2017 menggantikan buku teks KSSR yang sedia ada. Anda boleh memuat turun buku teks ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Buku Teks PDF KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 Pendidikan Islam” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Cara memuat turun buku teks PDF ini adalah seperti gambar di bawah:

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan bersaiz 146MB.

Download : Buku Teks PDF KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 Pendidikan Islam 

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Buku Teks PDF KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 Pendidikan Islam sedikit sebanyak dapat memudahkan semua pihak khususnya guru-guru dan murid dalam melaksanakan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.