Nota CONTOH SIMPULAN BAHASA UNTUK RUJUKAN

CONTOH SIMPULAN BAHASA UNTUK RUJUKAN

242

Penggunaan simpulan Bahasa dalam penulisan bukanlah sesuatu yang asing. Setiap simpulan Bahasa mempunyai maksud yang tertentu bagi menentukan hala tuju sebuah ayat. Penggunaan simpulan Bahasa yang betul sangat penting bagi memastikan jalan penceritaan sampai kepada pembaca.

Apakah yang dimaksudkan dengan simpulan Bahasa?

Simpulan Bahasa adalah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih yang membawa maksud berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya. Contoh :

  • Kaki ayam – ia bukan menunjukkan kepada “kaki ayam” sebaliknya ia membawa maksud berjalan tanpa memakai selipar/kasut.
  • Abang angkat – membawa maksud bukan abang kandung, abang yang tiada pertalian darah.
  • Cakar ayam – membawa maksud tulisan yang buruk.
  • Celik huruf – bermaksud pandai membaca dan menulis.
  • Kaki bangku – bererti tidak pandai bermain bola sepak
  • Anak yatim – bermaksud anak yang tiada ibu dan bapa.

Penggunaan simpulan Bahasa yang betul dalam menggambarkan sesuatu adalah sangat bagus dan digalakkan dalam penulisan. Ini membuktikan bahawa pelajar memahami konsep simpulan Bahasa yang diajar oleh guru-guru.

Disini admin kongsikan koleksi simpulan Bahasa yang boleh adik-adik jadikan rujukan dalam penulisan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

MUAT TURUN KOLEKSI SIMPULAN BAHASA SEKARANG :

342-KOLEKSI-SIMPULAN-BAHASA