Buku Panduan & Pengurusan Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas

Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas

14584
Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas
Gambar hiasan Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas

Sebagai pekerja yang bertanggungjawab, kami sediakan contoh surat tunjuk sebab sebagai rujukan anda untuk menyatakan alasan sesuatu perkara yang berlaku sewaktu bekerja. Surat tunjuk sebab merupakan makluman rasmi kepada majikan perihal berlaku dan sebagai rekod pengurusan.

Contoh Surat Tunjuk Sebab

Perkara yang selalu pekerja terlepas pandang adalah untuk membuat surat tunjuk sebab. adakalanya, sebab tidak tahu cara buat surat bahkan ada yang fikir ia tidak terlalu penting. Mari kita fahami maksud surat tunjuk sebab, jenis, format dan contohnya.

Apakah Maksud Surat Tunjuk Sebab?

Surat tunjuk sebab merupakan dokumen rasmi yang memberikan penjelasan mengenai masalah disiplin pekerja, seperti lewat atau tidak hadir ke tempat kerja, yang diberikan oleh seseorang pekerja kepada majikan mereka.

Surat ini menjadi dokumen hitam putih di antara majikan dan pekerja, di mana jika terdapat sebarang masalah disiplin atau masalah lain pada masa akan datang, yang melibatkan majikan dan pekerja tersebut ia boleh menjadi rujukan kepada kedua-dua belah pihak.

Sebab Perlu Buat Surat Tunjuk Sebab

  1. Sebab Tidak Hadir Kerja
  2. Lewat Hadir Bekerja
  3. Surat Tunjuk Sebab Kesalahan Tata Tertib
  4. Surat Tunjuk Sebab Perlu Kuarantin
  5. Tidak dapat hadir mesyuarat
  6. Tidak dapat hadir kursus

Mari ikuti kami di saluran telegram pendidikan untuk mendapatkan nota dan latihan bagi sekolah rendah melalui pautan berikut:

Antara sebab ketidakhadiran bekerja

Terdapat pelbagai kemungkinan mengapa seseorang pekerja itu tidak dapat hadir ke tempat kerja antaranya:

  1. Kemalangan
  2. Kecemasan – Anak demam, ahli keluarga pengsan dan sebagainya
  3. Kerosakan kenderaan
  4. Tertidur atau tidur lebih masa
  5. Berada di luar negara
  6. Melawat Orang Sakit
  7. Balik Kampung
  8. Sakit Perut dan lain-lain yang tidak mendapat rawatan tiada surat cuti sakit
  9. Urusan Kematian
  10. Urusan Keluarga
  11. Kenderaan Rosak
  12. Anak demam

Format Penulisan Surat Tunjuk Sebab

Format penulisan bagi surat jenis ini adalah dalam bentuk rasmi. Hal ini kerana, surat ini melibatkan dua pihak iaitu pihak atasan dan pihak bawahan, dan jika berlaku sesuatu, surat ini boleh menjadi bukti kepada kedua-dua belah pihak tersebut.

Oleh itu perkara seperti alamat anda, alamat pejabat (penerima), nama penerima (majikan anda), tarikh, tajuk (Contoh: PER: SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN PADA [TARIKH]) dan tandatangan anda adalah perkara wajib yang perlu ada dalam surat tersebut.

Selain itu, anda juga perlu memastikan perkara di bawah turut terdapat dalam surat tersebut:

  • Perenggan Pengenalan
    • Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas
    • Tujuan Penulisan Surat
    • Tarikh Berlakunya Perkara tersebut
  • Perenggan Kedua
    • Menjelaskan Sebab
  • Perenggan Akhir
    • Permohonan Maaf
    • Nyatakan dokumen iringan yang diselitkan (jika ada)

Dengan adanya perkara-perkara ini, surat tidak hadir tersebut akan menjadi lengkap dan memudahkan pemahaman kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Contoh Surat Tunjuk Sebab

Contoh 1- Sebab Tidak Hadir Kerja

Supaya majikan boleh terima, pastikan alasan anda kukuh dan munasabah dalam mengemukakan surat tersebut. Sebaiknya, sertakan bukti bersama bagi mengukuhkan lagi alasan anda. Berikut anda boleh gunakan contoh surat alasan sebab tidak hadir kerja.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas
Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas

Contoh 2-Lewat Hadir Bekerja

Kelewatan ke tempat kerja mungkin akan anda alami atas sebab-sebab tertentu, dan sebelum ini, anda tidak pernah lewat ke tempat kerja. Berikut anda boleh gunakan contoh surat alasan sebab lewat hadir kerja.

Pastikan alasan yang diberikan adalah masuk akal dan boleh diterima majikan.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas
Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas

Contoh 3- Surat Tunjuk Sebab Format Lain

Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas
Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas

Contoh 4-Surat Tunjuk Sebab Kesalahan Tata Tertib

Mungkin anda bukanlah seorang pekerja yang jenis datang lewat ataupun suka bagi alasan tidak hadir dan tak pergi kerja langsung. Tetapi mungkin anda melakukan secara tidak sengaja atau anda sahaja yang tahu kesalahan tata tertib tersebut.

Berikut anda boleh gunakan format contoh surat tunjuk sebab kesalahan tata tertib.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas
Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas

Contoh 5- Surat Tunjuk Sebab Perlu Kuarantin

Menghidapi sakit sesuatu yang kita tidak dapat jangka berlaku. Ia merupakan kecemasan yang penting untuk makluman majikan agar tindakan luar jangkaan tidak berlaku atas makluman secara rasmi ini. Berikut anda boleh gunakan contoh surat tunjuk sebab perlu kuarantin.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas
Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas

Dapatkan “soft copy template” contoh surat tunjuk sebab dengan pautan berikut:

Contoh 6- Surat Tidak Hadir Mesyuarat

Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas
Contoh Surat Tunjuk Sebab Ringkas

Majikan anda pasti tidak berasa senang jika anda tidak hadir ke satu mesyuarat. Berikut di bawah adalah contoh surat alasan tidak dapat hadir ke mesyuarat.

Pastikan anda menulis alasan yang logik dan masuk akal, walaupun anda cuma tidak datang ke mesyuarat.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda merekod dan melaporkan sebab sesuatu perkara kepada majikan anda untuk kebaikan masa depan anda di institisi tersebut.