
e-Pangkat: Login semakan kenaikan pangkat guru KPM, e-PANGKAT adalah platform dalam talian yang digunakan oleh guru-guru di Malaysia untuk membuat semakan dan menguruskan kenaikan pangkat mereka dalam perkhidmatan guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
untuk perkongsian kali ini admin akan menerangkan berkaitan dengan cara mendaftar dalam sistem e-pangkat, cara semakan, kategori setiap penjawat awam dan jenis laluan kenaikan pangkat
Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan pendidikan, latihan sekolah rendah dan pra sekolah, jom follow kami di telegram menerusi link dibawah:
e-PANGKAT: LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU KPM
Cara Proses Kenaikan Pangkat
Proses / Pelaksanaan bagi urusan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
- Urusan kenaikan pangkat dilakukan secara dalam talian (online).
- PPP perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Khas
- Borang tersebut perlu dikemukakan kepada ketuan jabatan.
- Ketua Jabatan akan melalukan LPNK.
- Ketua Jabatan akan pastikan maklumat perkhidmatan dan markah prestasi dikemaskini dalam sistem epangkat.
- Kemudian akan terdapat tempoh perakuan Pengetua/Guru besar/ Ketua Bahagian kepada JPN/Bahagian.
- Seterusnya tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/Ipag Kampus/Kolej Matrikulasi kepada BPSM dan KPM.
- Tempoh masa perakuan perlu ditepati bagi mengelakkan sebarang permohonan ditolak.
Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru KC
Setiap guru merupakan Guru cemerlang yang berusaha untuk menjadikan generasi yang lebih baik dan menjamin kesejahteraan negara pada masa akan datang. Bagi memudahkan guru-guru dan kakitangan sekolah untuk mengisi borang tahap kecemerlangan, sila tekan Link di bawah untuk download mengikut gred anda.
Sila semak senarai download Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru untuk gred dg32 / dg34 / dg38 / dg44 / dg48 / dg52 / dg54
Kategori | link |
Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru kategori 1a | http://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-1a-Guru.pdf |
BORANG KATEGORI 1b – Guru | http://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-1b-Guru1.pdf |
BORANG KATEGORI 2 – Pensyarah | http://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-2-Pensyarah1.pdf |
BORANG KATEGORI 3 | http://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-3-Ketua-Jabatan-PGB-Penolong-Kanan-Ketua-Unit.pdf |
BORANG KATEGORI 4a – Pegawai | http://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-4a-Pegawai1.pdf |
BORANG KATEGORI 4b – Pegawai | http://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-4b-Pegawai1.pdf |
Tatacara pendaftaran pengguna dalam sistem kenaikan pangkat (ePangkat)
1. Masuk ke laman sesawang https://epangkat.moe.gov.my/login.php
2. Sila klik pada BELUM BERDAFTAR.

3. Isikan maklumat dari No. 1 hingga No. 4 dan klik butang HANTAR
4. Pastikan anda memasukkan sekurang-kurangnya 1 huruf besar dan sila masukkan kata laluan 8 hingga 12 aksara. Contoh ralat adalah seperti dibawah.

5. Pastikan juga maklumat anda telah didaftarkan melalui Sistem ePangkat atau Sistem eOperasi.
6. Paparan setelah Pendaftaran Pengguna Berjaya. Klik di sini untuk masuk ke dalam Sistem ePangkat.
diharap perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan anda.
Cara Semak ePangkat KPM dalam talian
setelah selesai membuat permohonan seterusnya anda boleh membuat semakan secara dalam talian (online). Apabila keputusan permohonan anda keluar, terlebih dahulu Anda perlu melayari laman web https://naikpangkat.moe.gov.my/. Kemudian, anda dikehendaki mengisi nombor kad pengenalan dan klik semak. seterusnya keputusan epangkat akan terpapar untuk anda.
Jenis Laluan Kenaikan Pangkat
Admin pasti ramai dikalangan guru-guru dan kakitangan sekolah mengenai kenaikan pangkat berpandukan kepada sistem time-based dimana ia ditawarkan mengikut prestasi kecemerlangan semasa. Sebagai contoh, jika berkelulusan diploma, formula yang ditetapkan adalah 8.8.5 :
- gred DG29 naik pangkat ke DG32 : 8 tahun
- gred DG32 naik pangkat ke DG34 : 8 tahun
- gred 34 naik pangkat ke DG38 : 5 tahun
Bagi yang berkelulusan Ijazah pula menggunakan formula time based 8.8.6.3 adalah seperti di bawah ini :
- DG41 naik ke DG44 = 8 TAHUN
- DG44 naik ke DG48 = 8 TAHUN
- DG48 naik ke DG52 = 6 TAHUN
- DG52 naik ke DG54 = 3 TAHUN
Kepengtingan ePangkat kepada Guru
e-PANGKAT adalah sistem pentadbiran yang memainkan peranan penting dalam pengurusan pangkat guru di Malaysia. Kepentingan e-PANGKAT kepada guru adalah seperti berikut:
- Kemudahan Akses dan Pengurusan: e-PANGKAT membolehkan guru mengakses maklumat berkaitan pangkat dan perkhidmatan mereka dengan mudah secara dalam talian. Mereka boleh menyemak status kenaikan pangkat, rekod perkhidmatan, dan lain-lain dengan lebih cepat dan efisien.
- Keselamatan Maklumat: Sistem ini mengamankan data penting guru dengan lebih baik, menjaga privasi mereka, dan mengelakkan sebarang kehilangan data.
- Pantauan Prestasi: Guru boleh dengan mudah memantau pencapaian mereka dan rekod prestasi mereka dalam sistem. Ini memberi mereka gambaran yang lebih jelas tentang perkembangan mereka dalam kerjaya.
- Ketelusan dan Keadilan: Sistem ini memastikan bahawa proses pengurusan pangkat lebih ketelusan dan adil. Penilaian pangkat dapat dilakukan dengan lebih konsisten.
- Pengurusan Masa yang Lebih Baik: Dengan penggunaan e-PANGKAT, guru dapat menguruskan masa mereka dengan lebih baik kerana mereka tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk urusan pentadbiran yang rumit.
- Kemudahan Berkomunikasi: Guru boleh berkomunikasi dengan pentadbiran sekolah atau pihak berkuasa pendidikan melalui platform ini, menjadikannya alat komunikasi yang berkesan.
- Penyediaan Laporan Prestasi: e-PANGKAT memudahkan penyediaan laporan prestasi guru kepada pihak yang berkepentingan seperti pentadbiran sekolah atau pihak berkuasa pendidikan.
Keseluruhannya, e-PANGKAT adalah alat yang memberi manfaat kepada guru dalam pengurusan kerjaya mereka dengan lebih baik. Ia menjadikan proses kenaikan pangkat lebih mudah, transparan, dan adil, sekaligus membantu guru untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan mereka.