
APDM KPM 2023: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid 2023, adalah satu inovasi yang penting dalam bidang pendidikan di Malaysia. aplikasi dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat para guru dan kakitangan sekolah. Ia mewakili perubahan positif dalam cara kita menguruskan dan memantau maklumat pelajar.
Seiring dengan kemajuan teknologi, Admin melihat masalah seperti pengurusan maklumat pelajar semakin mencabar. Buku rekod fizikal yang lama kini kurang praktikal dan boleh menyebabkan kehilangan data yang penting. Oleh yang demikian, aplikasi ini sangat membantu para guru dan kakitangan sekolah untuk membuat pemantauan dari segi data murid di sekolah.
APDM digunakan bagi key-in maklumat murid seperti kedatangan atau kehadiran. Kehadiran murid akan diisi secara online melalui APDM. Pada 1 januari 2015, APDM mulai dikenali sebagai modul Pengurusan Murid (PM) yang diakses oleh kakitangan yang dilantik oleh pengetua sekolah terdiri dikalangan guru-guru dan pegawai sekolah. Menerusi aplikasi ini juga, sebagai rujukan pangkalan data murid kepada semua aplikasi berasaskan data murid di KPM dan beberapa agensi awam.
Untuk mengetahui lebih banyak lagi berkaitan dengan aplikasi yang di bawah Kementerian pendidikan Malaysia KPM dan mendapatkan bahan bantuan mengajar, latihan-latihan untuk setiap subjek sekolah rendah para guru boleh mengikuti kami di telegram yang tertera di bawah:
Contents
APDM KPM 2023: LOGIN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID 2023
Dalam memudahkan cara untuk menggunakan aplikasi epdm di sini kami sertakan cara-cara untuk menggunakan aplikasi dengan mudah mudah. Antara perkara yang akan kami kongsikan adalah tips untuk cara untuk log in ke aplikasi dan cara memadam murid di APDM.
Tips Untuk Login ke Aplikasi APDM KPM
Bagi guru-guru dan administrator yang dilantik oleh sekolah boleh mengikuti langkah di bawah untuk memasuki aplikasi pengkalan data murid APDM dalam talian seperti di bawah:
- masuk ke pautan berikut : website rasmi APDM
- Masukkan ID dan kata laluan anda.
- Klik masuk.
- Sekiranya anda terlupa kata laluan, para guru dikehendaki untuk menghubungi admin sekolah untuk reset kata laluan.
- Isi maklumat kehadiran murid.
bagi mengisi maklumat murid yang berkeperluan khas, terdapat sedikit perbezaan berbanding mengisi maklumat murid yang biasa.
Anda boleh lihat di sini panduan bagi mengisi maklumat murid yang berkeperluan khas (OKU). Panduan APDM Keperluan Khas.
Semoga cara yang Admin kongsikan dapat membantu para guru dan kakitangan sekolah yang terlibat.
Langkah-langkah Memadam Murid di APDM KPM
terdapat beberapa sebab yang boleh untuk memadam murid di aplikasi APDM antaranya seperti murid berpindah kelas murid berpindah sekolah ataupun murid berhenti sekolah dan tidak bersekolah lagi. Namun fungsi memadam murid tidak lagi boleh dilakukan oleh guru tetapi perkara ini hanya boleh dilakukan oleh admin yang dilantik oleh sekolah sahaja. oleh itu para guru perlu menghubungi admin sekolah untuk membuat urusan memadamkan nama pelajar dalam aplikasi APDM.
berikut panduan bagi pihak admin sekolah boleh merujuk kepada infografik yang tertera di bawah untuk memadam murid dalam aplikasi APDM:

Semoga panduan yang kami berikan dapat memudahkan urusan para guru dan admin sekolah.
Kepentingan Menggunakan Aplikasi APDM KPM bagi Data Murid
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM 2023 memainkan peranan yang penting dalam pengurusan pendidikan di Malaysia. Kepentingan ini boleh dirangkumkan dalam beberapa perkara utama.
Pertama, ia membantu dalam pengurusan maklumat pelajar dengan lebih berkesan. Ia membolehkan guru, pentadbiran sekolah, dan pihak berkepentingan lain mengakses data pelajar secara teratur. Ini membantu dalam memantau biodata pelajar, kehadiran, dan prestasi dalam satu tempat yang selamat.
Kedua, APDM mengurangkan masalah berkaitan dengan penyimpanan data fizikal yang mungkin hilang atau rosak. Dengan data disimpan dalam format digital, risiko kehilangan maklumat penting dikurangkan dengan ketara.
Ketiga, penggunaan APDM membawa kepada penjimatan masa. Guru tidak perlu lagi menghabiskan masa yang lama untuk menyediakan laporan prestasi pelajar secara manual. Ini memberi mereka lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Keseluruhannya, APDM KPM 2023 membantu dalam meningkatkan pengurusan pendidikan, meningkatkan prestasi pelajar, dan memudahkan akses kepada maklumat penting. Ia adalah alat yang berharga dalam pembangunan sistem pendidikan Malaysia yang lebih baik.