Facebook Instagram Twitter Youtube
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Search
Pendidikan Rasmi
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Login e-PANGKAT: LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU KPM 2023
  • Login

e-PANGKAT: LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU KPM 2023

September 24, 2023
2494
e-PANGKAT: LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU KPM

e-Pangkat: Login semakan kenaikan pangkat guru KPM, e-PANGKAT adalah platform dalam talian yang digunakan oleh guru-guru di Malaysia untuk membuat semakan dan menguruskan kenaikan pangkat mereka dalam perkhidmatan guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

untuk perkongsian kali ini admin akan menerangkan berkaitan dengan cara mendaftar dalam sistem e-pangkat, cara semakan, kategori setiap penjawat awam dan jenis laluan kenaikan pangkat

Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan pendidikan, latihan sekolah rendah dan pra sekolah, jom follow kami di telegram menerusi link dibawah:

JOM FOLLOW SISTEM GURU ONLINE PENDIDIKAN DI TELEGRAM

Contents

  • 1 e-PANGKAT: LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU KPM
  • 2 Cara Proses Kenaikan Pangkat
    • 2.1 Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru KC
    • 2.2 Tatacara pendaftaran pengguna dalam sistem kenaikan pangkat (ePangkat)
    • 2.3 Cara Semak ePangkat KPM dalam talian
    • 2.4 Jenis Laluan Kenaikan Pangkat
    • 2.5 Kepengtingan ePangkat kepada Guru

e-PANGKAT: LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU KPM

Cara Proses Kenaikan Pangkat

Proses / Pelaksanaan bagi urusan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

  • Urusan kenaikan pangkat dilakukan secara dalam talian (online).
  • PPP perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Khas
  • Borang tersebut perlu dikemukakan kepada ketuan jabatan.
  • Ketua Jabatan akan melalukan LPNK.
  • Ketua Jabatan akan pastikan maklumat perkhidmatan dan markah prestasi dikemaskini dalam sistem epangkat.
  • Kemudian akan terdapat tempoh perakuan Pengetua/Guru besar/ Ketua Bahagian kepada JPN/Bahagian.
  • Seterusnya tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/Ipag Kampus/Kolej Matrikulasi kepada BPSM dan KPM.
  • Tempoh masa perakuan perlu ditepati bagi mengelakkan sebarang permohonan ditolak.

Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru KC

Setiap guru merupakan Guru cemerlang yang berusaha untuk menjadikan generasi yang lebih baik dan menjamin kesejahteraan negara pada masa akan datang. Bagi memudahkan guru-guru dan kakitangan sekolah untuk mengisi borang tahap kecemerlangan, sila tekan Link di bawah untuk download mengikut gred anda.

Sila semak senarai download Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru untuk gred dg32 / dg34 / dg38 / dg44 / dg48 / dg52 / dg54

Kategorilink
Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru kategori 1ahttp://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-1a-Guru.pdf
BORANG KATEGORI 1b – Guruhttp://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-1b-Guru1.pdf
BORANG KATEGORI 2 – Pensyarahhttp://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-2-Pensyarah1.pdf
BORANG KATEGORI 3 http://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-3-Ketua-Jabatan-PGB-Penolong-Kanan-Ketua-Unit.pdf
BORANG KATEGORI 4a – Pegawaihttp://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-4a-Pegawai1.pdf
BORANG KATEGORI 4b – Pegawaihttp://edu.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/09/Borang-Kategori-4b-Pegawai1.pdf

Tatacara pendaftaran pengguna dalam sistem kenaikan pangkat (ePangkat)

1. Masuk ke laman sesawang https://epangkat.moe.gov.my/login.php

2. Sila klik pada BELUM BERDAFTAR.

e-PANGKAT: LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU KPM

3. Isikan maklumat dari No. 1 hingga No. 4 dan klik butang HANTAR

4. Pastikan anda memasukkan sekurang-kurangnya 1 huruf besar dan sila masukkan kata laluan 8 hingga 12 aksara. Contoh ralat adalah seperti dibawah.

e-PANGKAT: LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU KPM
Contoh peringatan yang dipaparkan sekiranya kata laluan tidak cukup syarat

5. Pastikan juga maklumat anda telah didaftarkan melalui Sistem ePangkat atau Sistem eOperasi.

6. Paparan setelah Pendaftaran Pengguna Berjaya. Klik di sini untuk masuk ke dalam Sistem ePangkat.

diharap perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan anda.

Cara Semak ePangkat KPM dalam talian

setelah selesai membuat permohonan seterusnya anda boleh membuat semakan secara dalam talian (online). Apabila keputusan permohonan anda keluar, terlebih dahulu Anda perlu melayari laman web https://naikpangkat.moe.gov.my/. Kemudian, anda dikehendaki mengisi nombor kad pengenalan dan klik semak. seterusnya keputusan epangkat akan terpapar untuk anda.

Jenis Laluan Kenaikan Pangkat

Admin pasti ramai dikalangan guru-guru dan kakitangan sekolah mengenai kenaikan pangkat berpandukan kepada sistem time-based dimana ia ditawarkan mengikut prestasi kecemerlangan semasa. Sebagai contoh, jika berkelulusan diploma, formula yang ditetapkan adalah 8.8.5 :

  • gred DG29 naik pangkat ke DG32 : 8 tahun
  • gred DG32 naik pangkat ke DG34 : 8 tahun
  • gred 34 naik pangkat ke DG38 : 5 tahun

Bagi yang berkelulusan Ijazah pula menggunakan formula time based 8.8.6.3 adalah seperti di bawah ini :

  • DG41 naik ke DG44 = 8 TAHUN
  • DG44 naik ke DG48 = 8 TAHUN
  • DG48 naik ke DG52 = 6 TAHUN
  • DG52 naik ke DG54 = 3 TAHUN

Kepengtingan ePangkat kepada Guru

e-PANGKAT adalah sistem pentadbiran yang memainkan peranan penting dalam pengurusan pangkat guru di Malaysia. Kepentingan e-PANGKAT kepada guru adalah seperti berikut:

  1. Kemudahan Akses dan Pengurusan: e-PANGKAT membolehkan guru mengakses maklumat berkaitan pangkat dan perkhidmatan mereka dengan mudah secara dalam talian. Mereka boleh menyemak status kenaikan pangkat, rekod perkhidmatan, dan lain-lain dengan lebih cepat dan efisien.
  2. Keselamatan Maklumat: Sistem ini mengamankan data penting guru dengan lebih baik, menjaga privasi mereka, dan mengelakkan sebarang kehilangan data.
  3. Pantauan Prestasi: Guru boleh dengan mudah memantau pencapaian mereka dan rekod prestasi mereka dalam sistem. Ini memberi mereka gambaran yang lebih jelas tentang perkembangan mereka dalam kerjaya.
  4. Ketelusan dan Keadilan: Sistem ini memastikan bahawa proses pengurusan pangkat lebih ketelusan dan adil. Penilaian pangkat dapat dilakukan dengan lebih konsisten.
  5. Pengurusan Masa yang Lebih Baik: Dengan penggunaan e-PANGKAT, guru dapat menguruskan masa mereka dengan lebih baik kerana mereka tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk urusan pentadbiran yang rumit.
  6. Kemudahan Berkomunikasi: Guru boleh berkomunikasi dengan pentadbiran sekolah atau pihak berkuasa pendidikan melalui platform ini, menjadikannya alat komunikasi yang berkesan.
  7. Penyediaan Laporan Prestasi: e-PANGKAT memudahkan penyediaan laporan prestasi guru kepada pihak yang berkepentingan seperti pentadbiran sekolah atau pihak berkuasa pendidikan.

Keseluruhannya, e-PANGKAT adalah alat yang memberi manfaat kepada guru dalam pengurusan kerjaya mereka dengan lebih baik. Ia menjadikan proses kenaikan pangkat lebih mudah, transparan, dan adil, sekaligus membantu guru untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan mereka.

Previous articleAPDM KPM 2023: LOGIN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID 2023
Next articleNOTA BAHASA MELAYU BAB KATA ADJEKTIF TAHUN 6
Ibnu Syar

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) 2023

SPLKPM: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU

Recent Posts

  • Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025
  • Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik
  • Latihan Sumatif 1 PAI Tahun 4 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Tahun 3 2025
We provide you with the latest breaking news and videos straight from the entertainment industry.
Contact us: [email protected]
Facebook Instagram Twitter Youtube

MUNGKIN MEMINATI

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

April 8, 2025
Soalan Exam Sumatif 1 Subjek Pendidikan Islam Darjah 6 2025

Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025

April 8, 2025
Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025

Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik

April 7, 2025

KATEGORI POPULAR

  • Latihan403
  • Soalan Peperiksaan332
  • Buku Panduan & Pengurusan220
  • SPM213
  • Modul207
  • Nota172
  • UPSA132
  • Utama
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hubungi
© Pendidikan SGO