Nota Nota Kata Pemeri Subjek Bahasa Melayu Tahun 6

Nota Kata Pemeri Subjek Bahasa Melayu Tahun 6

278
Nota Kata Pemeri Subjek Bahasa Melayu Tahun 6
Nota Kata Pemeri Subjek Bahasa Melayu Tahun 6

Tanpa kita sedar, ramai yang silap dalam penggunaan adalah dan ialah. Oleh itu, admin kongsikan nota kata pemeri subjek bahasa melayu bagi tahun 6 sebagai rujukan penggunaan perkataan adalah dan ialah dengan betul.

Kesilapan berlaku selalunya sama ada membezakan selepasnya adakah kata nama atau tidak dan bolehkah menggunakan kata kerja selepasnya? Pastikan ikuti nota kali ini sehingga penghujung untuk mengelak kesilapan sama berulang dalam percakapa dan penulisan.

Nota Kata Pemeri

Apakah Itu Kata Pemeri?

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:

  • ii. ialah

Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.

  • i. adalah

Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Jangan lupa ikuti kami di saluran Telegram untuk mendapatkan nota atau bahan latihan bai sekolah rendah secara percuma melalui pautan berikut:

Contoh Ayat Kata Pemeri Ialah

  1. Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
  2. Rojak ialah makanan kegemaran saya.
  3. Rumah yang cantik itu ialah rumah En.Mazlan.
  4. Emak ialah seorang guru.
  5. Agama rasmi Negara ialah agama Islam.

Contoh Ayat Kata Pemeri adalah

  1. Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
  2. Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
  3. Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu
  4. jati. 2. Warna kasut abang adalah hitam.
  5. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru.

Wujud Dalam Binaan Kata Nafi bersama Frasa Adjektif

Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi bersama frasa adjektif. Contoh binaan kata nafi+kata adjektif:-

  • i. Tidak benar
  • ii. Tidak cantik
  • iii. Tidak adil

Contoh ayat:

  1. Laporan itu adalah tidak benar.
  2. Keputusan itu adalah tidak adil.

Kesilapan Dalam Penggunaan Kata Pemeri

Tidak Boleh Hadir Bersama-sama Dengan Kata Nafi

SALAHBETUL
Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab.Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab.
Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai.Arahan itu bukan untuk semua pegawai.

Tidak Boleh Hadir Di Hadapan Frasa Kerja

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu. Contohnya,

SalahBetul
i. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.Struktur ayat yang betul ialah:
-Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
-Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
-Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
-Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
-Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
iii. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.-Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

Dapatkan nota ini melalui pautan berikut:

Nota Kata Pemeri Subjek Bahasa Melayu Tahun 6
Nota Kata Pemeri Subjek Bahasa Melayu Tahun 6

Disediakan oleh: NS

Contoh Soalan Kata Pemeri

Isi Tempat Kosong Berikut Dengan Kata Pemeri Yang Betul. (Ialah / Adalah)

  1. Hari ini __________ hari jadi Ahmad.
  2. Makanan kegemaran saya ________nasi goreng.
  3. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu _________ berpatutan.
  4. Cita-cita saya ________ seorang pakar jantung
  5. Bertanggungjawab __________ sifat yang terpuji.
  6. Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini __________ saudara Masyiroh Taib.
  7. Tuduhan itu____________ palsu.
  8. Pemuda yang kita jumpa tadi _________ seorang lulusan Universiti Al-Azhar.
  9. Epok-epok _____________ sejenis kuih tradisional.
  10. Surat yang sampai tadi _________ daripada peguam
  11. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua _________ terlalu panjang
  12. Wang peruntukan itu ________ untuk semua murid.
  13. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu __________ tidak adil.
  14. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu ____________ tidak tepat.
  15. Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan Jantung Malaysia dengan Soy Rich.
  16. Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan ______ untuk menyekat penularan wabak Covid-19.
  17. Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.
  18. Sumbangan itu __________ daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan para pekerja sekolah ini.
  19. Suara guru itu ___________ tidak jelas.
  20. MEASAT 1 ____________ satelit pertama Malaysia.

Pilih Jawapan Yang Betul.

  1. Hari ini ialah hari jadi Ahmad.
    A. Betul
    B. Salah
  2. Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.
    A. Betul
    B. Salah
  3. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.
    A. Betul
    B. Salah
  4. Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar jantung.
    A. Betul
    B. Salah
  5. Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.
    A. Betul
    B. Salah

Diharap nota kali ini, dapat membantu anda memahami tajuk kata pemeri dengan baik dan dapat membezakan penggunaan adalah dan ialah dalam penulisan mahupun percakapan.