
Menjadi tanggungjawab bersama antara ibu bapa dan guru membimbing pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, sarana ibu bapa diwujudkan bagi mengeratkan lagi hubungan antara pengurusan sekolah dan ibu bapa pelajar.
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran boleh berlaku dalam banyak perkara di sekolah. Namun, sebaiknya pastikan tidak mengganggu pengurusan sekolah sehingga menyebabkan tekanan bagi pihak pengurusan.
Sarana Ibu Bapa
Apa itu Sarana?
(Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta; MALAYSIA.
Mengapa Ibu Bapa Perlu Terlibat Dalam Pembelajaran Anak-anak?
Faedah kepada anak:
- Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik.
- Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi.
- Kehadiran ke sekolah lebih bagus.
- Kadar pelamnggaran disiplin sekolah berkurangan.
- Keciciran persekolahan dapat dielakkan.
Faedah kepada ibu bapa:
- Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah.
- Dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah.
- Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain.
- Lebih mudah untuk menyediakan suasana rumah yang sihat.
Jangan lepaskan peluang dapatkan bahan nota dan latihan sekolah rendah melalui saluran berikut:
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa
Apa itu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)?
KISB ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.

Antara objektif
- Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak
- Mewujudkan sokongan berterusan
- Membantu apabila berlaku krisis
- Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah
- Membantu dalam meyalurkan perasaan marah ke arah tindakan yang positif
- Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber
- Menyediakan latihan untuk ibu bapa untuk meningkatkan kemahiran
- Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain
- Mendapat sahabat baharu
- Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina
Sukarelawan KSIB
Ibubapa (IB) yang berkeinginan untuk menyumbang dan bergiat dalam bidang:
- Silaturahim sesamA ahli PIBG – melawat ahli lain yang sakit, ditimpa musibah, menghadapi krisis dsb.
- Komunikasi – mengunjungi IB bagi merungkaikan masalah anak dsb.
- Dana dan kemahiran – mencari dana dan kemahiran untuk aktiviti KSIB.
- Mewujudkan jaringan dan rangkaian – merapatkan PIBG dengan pihak lain bagi mendapatkan sokongan.
- Perundangan – membantu dari segi undang-undang sekiranya ada kes.
- Kesihatan – nasihat, amalan kesihatan di sekolah, khidmat bantu berkaitan.
- Keibubapaan – kemahiran keibubapaan.

Sukarelawan KSIB akan bertemu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing.
Contoh Laporan
Laporan Pelaksanaan
Taklimat Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah Peringkat Sk St Michael Entingan Samarahan Di Bawah Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pppm) 2013-2025
1. | Nama Sekolah | SK ST MICHAEL ENTINGAN SAMARAHAN |
2. | No. Kod Sekolah | YCB 8112 |
3. | Alamat Sekolah | PPD Samarahan, SK ST Michael Entingan Samarahan |
4. | Kategori | Sekolah Luar Bandar (Gred B) |
5. | Nama Program | Taklimat Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah |
6. | Tarikh Program | 22 Januari 2013 |
7. | Hari | Selasa |
8. | Masa | 10:00 Pagi |
9. | Tempat | Dewan Lenggai Kampung Entingan Samarahan |
10. | Fasilitator | Puan Kueh Jee Moi 2. Cikgu Dayang Siti Hajar Binti Awang Alli |
11. | Peserta | Semua Guru , Ibu Bapa dan Murid (Sila Rujuk Kehadiran) |
12. | Pengisian dan Objektif Program | Taklimat ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa dan guru adalah mengenai Sarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah yang merangkumi beberapa aspek penting demi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di bawah anjakan 9 bermula 2013-2025. Oleh yang demikian, hasrat ini dapat dicapai sekiranya semua pihak berganding bahu termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti menyokong dan mendukung satu matlamat untuk membantu meningkatkan kecemerlangan murid untuk mencapai kejayaan. Sarana ini berhasrat untuk ibu bapa terlibat aktif dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Justeru berdasarkan kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa manfaat yang diperolehi seperti berikut: Kerjasama antara ibu bapa dan guru sangat baik dan paduKejayaan akademik murid meningkatKeyakinan guru meningkatHubungan dan kerjasama baik antara pentadbir, ibu bapa dan komunitiKes disiplin murid dapat dikurangkan (permuafakatan)Ibu bapa terus memberi sumbangan dan sokongan kepada pihak sekolah |
13. | Bahan Pengisian | Antara bahan yang digunakan dalam menjayakan taklimat ini adalah :- CD sarana ibu bapa dan sarana sekolahBuku Sarana Ibu bapaBuku Sarana Sekolah Borang Kaji SelidikPengumpulan Data |
14. | Maklumat Yang Telah Disampaikan | Taklimat Sarana Sekolah Pada 22 Januari 2013 Taklimat Sarana Ibu Bapa Pada 22 Januari 2013Borang Kaji Selidik telah diedarkan Pada 22 Januari 2013Taklimat ini telah disampaikan kepada semua guru, ibu bapa dan juga murid pada 22 Januari 2013 |
Laporan Disediakan Oleh : ……………………………… Pengesahan : ………………………………
(Dayang Siti Hajar Binti Awang Alli) (Kueh Jee Moi)
Setiausaha PIBG Guru Besar (Penasihat PIBG)
Rumusan Daripada Borang Kaji Selidik
(Borang A Dan Borang B)
Secara amnya 90 peratus ibu bapa telah menyediakan suasana pembelajaran di rumah dan sentiasa memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk terus belajar. Dalam Pada itu didapati , kekurangan masa ibu bapa, melakukan aktiviti membaca bersama-sama dengan anak-anak mereka di rumah. Berdasarkan maklumbalas kaji selidik ibu bapa iaitu borang B adalah didapati ibu bapa berminat untuk memberi sokongan dan berbincang dari aspek akademik , penyelenggaraan sekolah serta berminat untuk menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa(KSIB). Kelapangan masa ibu bapa untuk berbincang adalah pada hari sabtu dan ahad jika mereka tidak bekerja. Secara rumusan dan kesimpulan di sini peranan ibu bapa memang tidak dapat dinafikan dan perlu lebih aktif dan proaktif dalam memberi bantuan dan sumbangan dalam apa jua bentuk, terhadap pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Ibu bapa perlu berganding bahu serta bekerjasama dengan guru untuk meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak mereka ke arah modal insan yang terunggul.
Senarai Kehadiran :
Guru :
- Puan Kueh Jee Moi (Guru Besar)
- Puan Riah Anak Akai ( Penolong Kanan Satu)
- Puan Emelia Anak Fredick (Penolong Kanan HEM)
- Puan Roszie Binti Saparman (Penolong Kanan KK)
- Puan Nur Khairunnisa @Agnes Mit
- Encik Taib Haji Daim
- Puan Rasida Binti Arabi
- Puan Hanipah Binti Buang
- Puan Aisyah Binti Haji Annuar
- Encik Zenal Abidin Bin Haji Meseli
- Puan Jamaah Bt Alan
- Cik Wan Azira Binti Wan Ahmad
- Cik Dayang Siti Hajar Binti Awang Alli
SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA
- Pn . Jiti
- Pn. Minah Anak Uncu
- Pn Haminah Bt Sah
- Puan Enjoh Anak Wan
- Pn Rannie Anak Kadom
- Puan Tapuk Seli
- Puan Christina Anak Adam
- Puan Collin Dayyny
- Encik Michael Anak Tungkat
- Encik Azmi bin Kamus
Mari dapatkan contoh laporan perlaksanaan Taklimat Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah melalui pautan berikut:
Lampiran 1
Laporan Pelaksanaan Taklimat Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah Di Bawah Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pppm) 2013-2025 – Peringkat Sekolah
Bil. | Perkara | Catatan |
1. | Nama Sekolah | |
2. | Pejabat Pelajaran Daerah | |
3. | Kategori Sekolah | |
4. | Nama Program | |
5. | Tarikh Program | |
6. | Tempat | Masa: |
7. | Fasilitator | |
8. | Peserta / Sasaran | |
9. | Jumlah Kehadiran Peserta | |
10. | Anggaran Kos | PIBG |
11. | Pengisian Program | |
12. | Bahan Pengisian | |
13. | Rumusan Program | |
14 | Laporan Disediakan Oleh : | |
15 | Emel | |
16 | No. Telefon Pejabat | |
17 | No. Telefon Bimbit |
Kesimpulannya, bantuan dan penglibatan Ibu bapa dalam aktiviti sekolah turut menyumbang kepada kecemerlangan pelajar.