Nota Nota Unit 1 Nombor Bulat Dan Operasi Asas Subjek Matematik Tahun 6

Nota Unit 1 Nombor Bulat Dan Operasi Asas Subjek Matematik Tahun 6

1609
Nota Unit 1 Nombor Bulat Dan Operasi Asas Subjek Matematik Tahun 6
Nota Unit 1 Nombor Bulat Dan Operasi Asas Subjek Matematik Tahun 6

Perkongsian kali ini berkaitan Nota unit 1 iaitu nombor bulat dan operasi asas bagi subjek matematik tahun 6. perbincangan ini merupakan ulangkaji asas dalam matematik yang mengingatkan kembali berkaitan nilai tempat digit, bundar nombor dan operasi bergabung.

Walaupun perkara asas tapi ia tetap penting sebagai asas memahami rumus yang lain pada unit seterusnya.

Nota Unit 1 Nombor Bulat Dan Operasi Asas

Sebagai unit pertama bagi subjek matematik tahun 6, nombor bulat dan operasi asas akan berbincang tentang beberapa perkara seperti berikut:

  1. Menulis nombor dalam angka dan perkataan.
  2. Mengenal nilai tempat dan nilai digit.
  3. Nombor perdana.
  4. Cerakin nombor.
  5. Bundar nombor.
  6. Operasi Bergabung.

Mari kita pergi kepada setiap tajuk satu persatu di bawah.

Sebelum itu, mari dapatkan bahan nota dan latihan bagi subjek lain melaui pautan berikut:

A) Menulis Nombor Dalam Angka dan Perkataan.

Kemahiran membaca dan menulis nombor membantu dalam kesilapan memahami jumlah yang dinyatakan. Berikut contoh angka beserta perkataan:

  1. Angka 2 431 658

Perkataan- dua juta empat ratus tiga puluh satu ribu enam ratus lima puluh lapan

  1. Angka =9 501 101

Perkataan sembilan juta lima ratus satu ribu seratus satu

B) Mengenal Nilai Tempat dan Nilai Digit.

Seterusnya kita pergi kepada nilai tempat dan nilai digit yang sangat membantu kita pada tajuk bundar nanti. berikut contoh bagi nilai tempat dan nilai digit:

4 521 917

Nilai tempatJutaRatus ribuPuluh ribuRibuRatusPuluhSa
Nilai digit4 000 000500 00020 0001000900107

C) Nombor Perdana.

Berikut merupakan ciri-ciri nombor perdana dan senarai nombor perdana dalam jadual di bawah:

  • Lebih besar dari satu.
  • Nombor yang hanya boleh dibahagi dengan 1, dan dirinya sendiri.
  • Terdapat 25 nombor perdana dari lingkungan nombor 1 hingga 100.
235711
1317192329
3137414347
5359616771
7379838997

D) Cerakin Nombor.

Sebagai contoh cerakin nombor, sila rujuk contoh di bawah:

6.045 218

  • Mengikut nilai tempat
  1. Mesti ada simbol tambah (+)
  2. =6 juta + 0 ratus ribu+4 puluh ribu +5 ribu +2 ratus +1 puluh +8 sa
  • Mengikut nilai digit
  1. =6 000 000+0+40.000+5000+200+ 10+8

E) Bundar Nombor.

Daripada tajuk nilai tempat dan nilai digit kita sudah memahami setiap digit nombor mwakili nilai tertentu. Oleh itu, setiap nilai yang dibundarkan akan dilihat nombor sebelum nya. Sekiranya 0 hingga 4 akan menjadi kosong dan 5 hingga 9 akan ditambah satu kepada nombor nilai yang di bundarkan.

Untuk memahami lebih lanjut, perhatikan contoh dalam jadual di bawah.

SoalanJawapanProses
a) 3 660 145 kepada ribu terdekat.3 660 145
3 660 000
1. Gariskan nombor di nilai tempat yang diminta (ribu).
2. -Kemudian, bulatkan nombor di sebelah kanannya.
3. Jika nombor yang dibulatkan itu ialah 0.1.2.3.4 maka, nombor yang digariskan itu tidak berubah.
4. Sebelah kanan nombor bergaris, dijadikan sifar.
5. Sebelah kiri nombor bergaris disalin semula atau +1 jika perlu.
b) 8 970 250 kepada ratus ribu terdekat.+18*900 250
-9 000 000
1. Gariskan nombor di nilai tempat yang diminta (ratus ribu).
2. Kemudian, bulatkan nombor di sebelah kanannya.
3. Jika nombor yang dibulatkan itu ialah 5, 6, 7, 8, 9 maka, nombor yang digariskan itu perlu diubah (+1)
4. Sebelah kanan nombor bergaris, dijadikan sifar.
5. Sebelah kiri nombor bergaris disalin semula atau +1 jika perlu.
c) BUNDAR (WANG)
Contoh: Bundarkan RM 1 056.80 kepada ringgit terdekat
RM 1056.80
RM 1 057
Tidak perlu letak sen!
= RM 1 057.00
d) BUNDAR PERPULUHAN
Contoh: Bundarkan 5.625 kepada dua tempat perpuluhan
5.625
5.63
** digit pada tiga tempat perpuluhan tidak perlu diletakkan

Jangan lupa untuk mendapatkan Nota unit 1 nombor bulat dan operasi asas melalui pautan berikut:

Nota Unit 1 Nombor Bulat Dan Operasi Asas Subjek Matematik Tahun 6
Nota Unit 1 Nombor Bulat Dan Operasi Asas Subjek Matematik Tahun 6
Nota Unit 1 Nombor Bulat Dan Operasi Asas Subjek Matematik Tahun 6
Nota Unit 1 Nombor Bulat Dan Operasi Asas Subjek Matematik Tahun 6

Disediakan oleh: SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG JAYA

F) Operasi Bergabung.

Mari kita ulangkaji proses operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Jangan lupa untuk mengambil kira operasi yang mana perlu didahulukan apabila bertemu dua operasi dlam satu soalan. Sila rujuk jadual berikut:

OPERASICARA KIRACONTOH
Tambah (+) dan tolak (-)Ikut susunan ayat matematik pada soalan
Darab (x) dan bahagi (\)Ikut susunan ayat matematik pada soalan
Tolak (-) dan Bahagi (\)(\) dulu
Darab (x) dan Tambah(x) dulu
Operasi dan kurunganKurungan dulu

Diharap nota ini dapat membantu anda memahami lebih lanjut berkaitan nombor bulat dan operasi nombor.