Nota KOLEKSI MANTAP NOTA KIMIA TINGKATAN 4 KSSM

KOLEKSI MANTAP NOTA KIMIA TINGKATAN 4 KSSM

14719

Sepertimana subjek sains yang lain, subjek Kimia juga bukan mudah untuk dipelajari. Ada beberapa factor yang menyebabkan pelajar tidak dapat skor untuk subjek ini seperti, tidak menguasai asas perseimbangan persamaan Kimia, asas formula dan juga kefahaman terhadap term Mol dan Molar.

Untuk menguasai subjek ini, tidaklah terlalu sukar jika pelajar menemui dan menggunakan teknik yang betul. Susunan topik dan waktu belajar yang bersesuaian juga amat membantu.

Pastinya admin akan kongsikan beberapa teknik untuk membantu pelajar menguasai subjek ini justeru dapat memperoleh keputusan yang cemerlang. Bersama-sama teknik ini juga admin lampirkan beberapa KOLEKSI MANTAP NOTA KIMIA TINGKATAN 4 KSSM.

TEKNIK KUASAI SUBJEK KIMIA :-

  1. Tetapkan masa yang mencukupi dan bersesuaian untuk sesi membaca teks saintifik ini kerana ia tidak semudah membaca teks biasa. Teks saintifik mempunyai formula, graf dan ilustrasi serta konsep yang agak sukar difahami jika hanya dibaca sekali lalu.
  2. Pastikan sentiasa memberi tumpuan sama ada ketika dalam kelas mahupun mengulangkaji sendirian atau berkumpulan. Bila anda memberi tumpuan, pasti anda akan lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu topik.
  3. Membaca dengan aktif lebih baik dari membaca dengan pasif dan sekadar menandakan dengan highlighter nota-nota tertentu. Untuk memudahkan anda mengingati point penting, biasakan diri untuk membuat nota kecil atau nota kaki untuk setiap point
  4. Semak dan kaji semula nota setiap kali selepas satu sesi pembelajaran atau sesi mengulangkaji pelajaran.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

MUAT TURUN NOTA MANTAP KIMIA TINGKATAN 4 KSSM :-