Nota NOTA RINGKAS BESERTA VIDEO BIOLOGI TINGKATAN 4 KSSM (BAB 1-15)

NOTA RINGKAS BESERTA VIDEO BIOLOGI TINGKATAN 4 KSSM (BAB 1-15)

4033

 

Mempelajari Biologi bukan sahaja sesuatu yang sangat bagus bahkan ia juga membantu kita untuk lebih memahami dan menghargai keunikan dan kepelbagaian organisma yang terdapat dalam bumi. Ia juga membantu kita untuk lebih memahami bagaimana badan kita berfungsi, keunikan sel-sel tubuh dan sebagainya. Dengan memahami dan menguasai Biologi, kita juga akan dapat menguruskan persekitaran kita dengan lebih baik.

Subjek Biologi SPM sangat mudah untuk dipelajari kerana ia bukan saja berkaitan dengan kehidupan persekitaran kita, ia juga merupakan asas kepada dua hal tersebut.

Perlukan tips? Jangan risau, admin ada beberapa tips yang boleh bantu adik-adik untuk lebih mudah fahami subjek Biologi. Jangan lupa muat turun nota ringkas yang admin lampirkan bersama ya!

TIPS MUDAH FAHAMI BIOLOGI :-

  1. Fahamkan konsep setiap topik, tidak perlu nota panjang. Cukup dengan point penting yang menggambarkan suatu topik supaya mudah untuk diingati.
  2. Pelbagaikan method penulisan nota. Rajin-rajinkan diri adik-adik untuk membuat gambarajah dengan pelbagai warna dan label yang menarik supaya lebih mudah difahami dan dihafal. Biologi melibatkan banyak rajah tau, ada DNA, Sel, Mikroorganisma dan bermacam lagi. Pasti nota adik-adik akan lebih menarik.
  3. Ingat tak admin kata Biologi sangat berkait rapat dengan kehidupan dan persekitaran kita? Cuba aplikasikan apa yang adik-adik belajar dalam kehidupan seharian.
  4. Perbincangan berkumpulan atau sesi soal jawab bersama rakan dan guru juga sangat membantu. Tetapkan masa dan buat kuiz secara bergilir-gilir. Menarik bukan?
  5. Pastikan adik-adik memahami istilah dan definisi penting dalam setiap topik dan cuba buat nota sendiri yang lebih ringkas mengikut pemahaman sendiri. Dapatkan juga bantuan guru untuk semak nota adik-adik ya.
  6. Ulangkaji dengan membaca nota berulang kali.
  7. Sesi belajar melalui audio atau video juga sangat membantu.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

MUAT TURUN NOTA RINGKAS BIOLOGI :-

BAB 1

BAB 2

BAB 3

BAB 4

BAB 5

BAB 6

BAB 7

BAB 8

BAB 9

BAB 10

BAB 11

BAB 12

BAB 13

BAB 14

BAB 15