Nota NOTA TERBAIK FIZIK TINGKATAN 4 KSSM (BAB 1 HINGGA ENAM)

NOTA TERBAIK FIZIK TINGKATAN 4 KSSM (BAB 1 HINGGA ENAM)

16997

Fizik merupakan subjek penting bagi pelajar yang mengambil aliran sains bermula dari tingkatan empat. Untuk menguasai subjek ini dengan baik bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan pemerhatian dan pemahaman yang mendalam terhadap pengiraan seperti penggunaan unit standard yang membabitkan formula tertentu, jirim dan kuantiti dalam kajian yang dibuat berkaitan fenomena alam.

Ada sesetengah pelajar mudah memahami konsep yang dipelajari dan ada yang mengambil tempoh lebih lama berbanding yang lain.

Setiap informasi yang terdapat dalam himpunan Nota Terbaik Fizik Tingkatan 4 KSSM ini disediakan dengan menitikberatkan keperluan pelajar untuk membantu mereka membuat persediaan yang baik dalam proses pembelajaran dan dapat membantu mereka memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Ada juga beberapa tips yang dapat pelajar amalkan untuk mudah skor A dalam Fizik, di sini admin kongsikan bersama lampiran nota. Semoga ianya membantu!

TIPS KUASAI FIZIK DENGAN MUDAH :-

  1. Betulkan niat anda, belajar untuk menimba ilmu, bukan belajar untuk peperiksaan semata-mata.
  2. Berikan tumpuan penuh ketika guru sedang mengajar, catatkan nota penting dan rajin bertanya jika tidak faham sesuatu topik.
  3. Kuasai topik atau bab asas iaitu bab 1 dan 2, ini kerana ia merupakan asas kepada subjek fizik.
  4. Rajinkan diri membuat ulangkaji dan latihan, boleh juga dilakukan secara berkumpulan.
  5. Tidak perlu hafal semua formula kerana ada formula yang telah dinyatakan di muka hadapan kertas soalan, tetapi masih ada beberapa formula yang perlu diingati dan dikuasai.
  6. Mantapkan penguasaan dalam subjek Matematik kerana Fizik juga adalah subjek yang memerlukan anda membuat pengiraan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

MUAT TURUN NOTA TERBAIK FIZIK TINGKATAN 4 KSSM (BAB 1 HINGGA 6) :-

BAB 1

BAB 2

BAB 3

BAB 4

BAB 5

BAB 6