Buku Panduan & Pengurusan Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Sains

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Sains

2494

KOMPILASI MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Sains ini merupakan himpunan beberapa minit mesyuarat Panitia Sains yang biasanya diadakan di peringkat sekolah. Perkongsian ini dibawakan khas kepada para guru yang mencari kompilasi lengkap minit mesyuarat panitia Sains yang terdiri daripada minit mesyuarat kali pertama sehingga minit mensyuarat kali keempat.

Pengendalian mesyuarat ini perlu dilaksanakan secara terancang dan sistematik bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Kerjasama dan komitmen antara ahli yang terlibat amatlah dituntut dalam menjamin kelangsungan mesyuarat dari masa ke masa.

Mesyuarat Panitia Sains

Antara intipati penting yang perlu dimasukkan ke dalam perbincangan mesyuarat panitia Sains, adalah:

  1. Menentukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains yang terkini.
  2. Menyelaras format penulisan Rancangan Mengajar Harian bagi mata pelajaran Sains.
  3. Mengkaji keberkesanan dan kelemahan buku teks Sains.
  4. Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan-bahan kurikulum dan Bahan Bantu Mengajar khususnya bagi mata pelajaran Sains.
  5. Penyelarasan ujian dan penilaian serta tindak ikut.
  6. Mengkaji punca kelemahan pelajar dan cara mengatasinya serta tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan.
  7. Membincangkan keperluan mengadakan latihan dalaman, bengkel atau taklimat yang bersesuaian.
  8. Membincangkan teguran dan pengesyoran daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, Pejabat Pendidikan Daerah, serta lain-lain yang berkaitan.
  9. Memaklumkan kepada ahli tentang arahan-arahan terbaru dan mengambil respon serta-merta terhadap mana-mana Surat Pekeliling atau arahan-arahan jabatan.
  10. Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahan Mata Pelajaran di dalam bilik darjah serta melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan atau menambah baik nilai sedia ada.
  11. Menilai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan serta membincangkan pelan tindakan dan persediaan bagi program-program yang belum dilaksanakan.

Minit Mesyuarat Sains

Berikut merupakan beberapa Minit Mesyuarat Sains mengikut peringkat, iaitu:

Minit Mesyuarat Sains Pertama

  • Mesyuarat pertama kali
  • Dilakukan pada awal persekolahan (bulan Januari)

Minit Mesyuarat Sains Kedua

  • Susulan daripada mesyuarat Sains pertama
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara pertengahan penggal pertama persekolahan sehingga penghujung penggal pertama (antara bulan Mac sehingga Mei)

Minit Mesyuarat Sains Ketiga

  • Susulan daripada mesyuarat Sains kedua.
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara permulaan penggal kedua persekolahan sehingga pertengahan penggal kedua. (antara bulan Julai sehingga September)

Minit Mesyuarat Sains Keempat

  • Susulan daripada mesyuarat Sains ketiga.
  • Dilakukan pada penghujung penggal kedua persekolahan. (bulan November sehingga Disember)

Dapatkan “Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Sains” di sini


Di sini admin nak kongsikan beberapa Minit Mesyurat Panitia Sains yang terdiri daripada minit mesyuarat pertama sehinggalah minit mesyuarat keempat. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download :

  1. Minit Mesyuarat Panitia Sains kali Pertama
  2. Minit Mesyuarat Panitia Sains kali Kedua
  3. Minit Mesyuarat Panitia Sains kali Ketiga
  4. Minit Mesyuarat Panitia Sains kali Keempat

 

Diharapkan perkongsian Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Sains ini dapat membantu guru-guru panitia Sains dalam merencanakan mesyuarat-mesyuarat yang bakal dikendalikan sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Semoga para guru dapat memanfaatkan bahan-bahan dalam perkongsian ini dengan sebaiknya.

Anda juga boleh dapatkan perkongsian berkenaan Kompilasi Minit Mesyuarat Matematik ataupun Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing.

Selain itu, terdapat juga perkongsian lain merangkumi pelbagai bidang seperti isu semasa, hebahan jawatan kosong, bantuan kerajaan, dan lain-lain dari semasa ke semasa yang boleh didapati informasinya melalui laman sesawang Sistem Guru Online.