Buku Panduan & Pengurusan Sasaran dan Borang Keberhasilan 2021

Sasaran dan Borang Keberhasilan 2021

27086

Sasaran dan Borang Keberhasilan 2021

Sasaran dan Borang Keberhasilan 2021 disediakan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bersempena dengan pelancaran Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidik (PBPP). Pelancaran PBPPP adalah bagi menggantikan kaedah lama iaitu melalui sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi menilai kompetensi dan potensi penjawat awam.

Borang keberhasilan adalah satu item yang dinilai semasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPP) kerana keberhasilan ini merujuk kepada sasaran yang perlu dicapai oleh pegawai yang dinilai pada tahun tertentu.

Antara jawatan yang terdapat didalam borang keberhasilan ini ialah Pengetua atau Guru besar, Penolong Kanan, Perkhimatan Pendidikan dalam sektor hospital, Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, Jawatan di sekolah-sekolah sukan seperti jurulatih, nazir sekolah, Jawatan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Jawatan di Institut Aminudin Baki, Penolong Pengarah JPN, Jawatan di Pusat Pendidikan Daerah, Jawatan di Matrikulasi dan Jawatan di Institut Pengajian Tinggi.

Perbincangan Borang Keberhasilan

Borang keberhasilan ini dibincangkan sebanyak 3 kali iaitu pada peringkat permulaan, pertengahan dan juga hujung tahun. Pada peringkat pertengahan tahun, keberhasilan ini bakal dinilai pemarkahannya sama ada telah mencapai sasaran ataupun terdapat sasaran yang perlu ditambah dan digugurkan.

Apabila sasaran tidak dapat dicapai, pegawai hendaklah mengisi sebab dalam menjelaskan mengapa sasaran tertentu itu tidak dapat dipenuhi. Terdapat borang yang memerlukan pegawai memberikan penjelasan tersebut pada peringkat pertengahan tahun.

Dapatkan “Sasaran dan Borang Keberhasilan 2021” di sini

Di sini kami menyediakan Sasaran dan Borang Keberhasilan 2021 memudahkan penjawat awam mengakses borang ini. Terdapat juga contoh sasaran keberhasilan yang boleh menjadi panduan.

  • Sasaran Keberhasilan 2021
  • Template Borang Keberhasilan 2021

PERKARA

SENARAI BORANG

Borang Keberhasilan Guru : PBPPP KPM

Jika pegawai yang dinilai mencapai semua sasaran yang telah ditetapkan, pegawai tersebut layak untuk mendapat markah penuh dalam PBPPP iaitu 4. Jumlah sasaran atau minima adalah berbeza mengikut sesebuah sistem pentadbiran sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

Terdapat sekolah yang telah menetapkan 30 sasaran ataupun lebih dan ada juga sekolah yang menetapkan sasaran minima adalah antara 12 hingga 20 sasaran sahaja.

Contoh Sasaran Keberhasilan

Contoh sasaran keberhasilan bagi jawatan Pengetua atau Guru Besar dalam bahagian Pengurusan ialah memastikan semua panitia mencapai perbelanjaan 100% bagi peruntukan yang telah ditetapkan. Selain itu, pengetua perlu mencapai 0% kakitangan yang hadir lewat ke sekolah dan 0% dalam aduan awam terhadap sekolah. Pengetua haruslah memastikan urusan berkaitan kebajikan murid (biasiswa, SPBT, Takaful dan lain-lain) dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Manfaat Penilaian Terhadap Pegawai dan Guru

Penilaian yang dijalankan ini serba sedikit akan mendatangkan motivasi serta semangat kepada para guru untuk mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru-guru akan sentiasa memperbaharui kaedah pengajaran supaya dapat memberikan kaedah atau cara penyampaian pengajaran yang berkesan kepada pelajar.

Selain itu, penilaian ini juga dapat meningkatkan kadar kecekapan dan komitmen Pegawai Perkhidmatan pendidikan (PPP) yang mempunyai prestasi tinggi serta menjadikan penilaian ini adalah penilaian yang menyeluruh dalam menjalinkan kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan pendidikan.

Apabila penilaian ini selesai dilakukan, sektor pendidikan akan menghasilkan pegawai-pegawai yang berkemahiran tinggi, cekap melakukan kerja dan dapat menyokomg aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti.

Secara tidak langsung, mengangkat imej sektor pendidikan negara menjadi pendidikan bertaraf dunia.

Sebelum ini, kami juga ada menulis berkenaan dengan pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) dan faedah pelaksanaannya. Untuk mendapatkan informasi lain berkenaan pendidikan dan berita terkini, sila layari laman rasmi Sistem Guru Online.