Buku Panduan & Pengurusan Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Matematik

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Matematik

3912

KOMPILASI MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Matematik ini merupakan himpunan beberapa minit mesyuarat Panitia Matematik yang biasanya diadakan di peringkat sekolah. Perkongsian ini dibawakan khas kepada para guru yang mencari kompilasi lengkap minit mesyuarat panitia Matematik yang terdiri daripada minit mesyuarat kali pertama hingga minit mensyuarat kali keempat.

Pengendalian mesyuarat ini perlu dilaksanakan secara terancang dan sistematik bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Kerjasama dan komitmen antara ahli yang terlibat amatlah dituntut dalam menjamin kelangsungan mesyuarat dari masa ke masa.

Mesyuarat Panitia Matematik

Antara intipati penting yang perlu dimasukkan ke dalam perbincangan mesyuarat panitia Matematik, adalah:

  1. Menentukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik yang terkini.
  2. Menyelaras format penulisan Rancangan Mengajar Harian bagi mata pelajaran Matematik.
  3. Mengkaji keberkesanan dan kelemahan buku teks Matematik.
  4. Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan-bahan kurikulum dan Bahan Bantu Mengajar khususnya bagi mata pelajaran Matematik.
  5. Penyelarasan ujian dan penilaian serta tindak ikut.
  6. Mengkaji punca kelemahan pelajar dan cara mengatasinya serta tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan.
  7. Membincangkan keperluan mengadakan latihan dalaman, bengkel atau taklimat yang bersesuaian.
  8. Membincangkan teguran dan pengesyoran daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, Pejabat Pendidikan Daerah, serta lain-lain yang berkaitan.
  9. Memaklumkan kepada ahli tentang arahan-arahan terbaru dan mengambil respon serta-merta terhadap mana-mana Surat Pekeliling atau arahan-arahan jabatan.
  10. Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahan Mata Pelajaran di dalam bilik darjah serta melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan atau menambah baik nilai sedia ada.
  11. Menilai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan serta membincangkan pelan tindakan dan persediaan bagi program-program yang belum dilaksanakan.

Minit Mesyuarat Matematik

Berikut merupakan beberapa Minit Mesyuarat Matematik mengikut peringkat, iaitu:

Minit Mesyuarat Matematik Pertama

  • Mesyuarat pertama kali
  • Dilakukan pada awal persekolahan (bulan Januari)

Minit Mesyuarat Matematik Kedua

  • Susulan daripada mesyuarat Matematik pertama
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara pertengahan penggal pertama persekolahan sehingga penghujung penggal pertama (antara bulan Mac sehingga Mei)

Minit Mesyuarat Matematik Ketiga

  • Susulan daripada mesyuarat Matematik kedua.
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara permulaan penggal kedua persekolahan sehingga pertengahan penggal kedua. (antara bulan Julai sehingga September)

Minit Mesyuarat Matematik Keempat

  • Susulan daripada mesyuarat Matematik ketiga.
  • Dilakukan pada penghujung penggal kedua persekolahan. (bulan November sehingga Disember)

Dapatkan “Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Matematik” di sini


Di sini admin nak kongsikan beberapa Minit Mesyurat Panitia Matematik yang terdiri daripada minit mesyuarat pertama sehingga minit mesyuarat keempat. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  1. Minit Mesyuarat Panitia Matematik kali Pertama
  2. Minit Mesyuarat Panitia Matematik kali Kedua
  3. Minit Mesyuarat Panitia Matematik kali Ketiga
  4. Minit Mesyuarat Panitia Matematik kali Keempat

 

Diharapkan perkongsian Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Matematik ini dapat membantu guru-guru panitia Bahasa Matematik dalam merencanakan mesyuarat-mesyuarat yang bakal dikendalikan sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Semoga para guru dapat memanfaatkan bahan-bahan dalam perkongsian ini dengan sebaiknya.

Anda juga boleh dapatkan perkongsian berkenaan Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu ataupun Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing.

Selain itu, terdapat juga perkongsian lain merangkumi pelbagai bidang seperti isu semasa, hebahan jawatan kosong, bantuan kerajaan, dan lain-lain dari semasa ke semasa yang boleh didapati informasinya melalui laman sesawang Sistem Guru Online.