RPH Pekeliling Bagi Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian

Pekeliling Bagi Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian

13353

Pekeliling Bagi Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian

Pekeliling Bagi Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Sesi persekolahan telah bermula sejak Februari tahun ini. Para guru sudah mula sibuk dengan pelbagai persediaan bagi menjalani sesi persekolahan tahun 2021 ini.

Antara persediaan yang perlu dilakukan oleh mereka ialah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Guru diberi kebebasan untuk memilih cara apa sahaja dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Ada guru yang suka menggunakan buku, ada yang lebih memilih menggunakan fail dan ada juga yang menggunakan sistem online seperti e-RPH. Ianya terpulang ke atas individu itu sendiri untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ini asalkan sesuai dengan arus pemodenan teknologi sekarang.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak pentadbiran di sekolah telah menetapkan cara penyediaan Rancangan Pengajaran Harian bagi setiap guru. Hal ini kerana dengan alasan untuk seragamkan penyediaan RPH di sekolah tertentu. Terdapat juga segelintir pihak pentadbiran memahami kehendak semasa dengan penggunaan fail ini lebih memudahkan kerja guru dan lebih teratur.

Dalam memastikan Rekod Rancangan Pengajaran Harian sentiasa berada dalam dasar yang ditetapkan dan menepati tujuan sebenar, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh menyediakan Rekod Rancangan Pengajaran Harian mengikut tren semasa dalam apa sahaja bahan atau bentuk. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di sesetengah negeri juga menyarankan guru untuk menggunakan sistem e-RPH.

Dapatkan “Pekeliling Penyediaan Rekod RPH” di sini


Di sini kami akan kongsikan Pekeliling Penyediaan Rekod RPH yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Anda boleh download surat tersebut dengan menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  • Pekeliling Penyediaan Rekod Rancangan Pengajaran Harian

Fail Rancangan Pengajaran Harian

Terdapat beberapa maklumat penting yang perlu ada di dalam Rancangan Pengajaran Harian ini. Antaranya:-

  • Profil guru
  • Jadual waktu mengajar guru
  • Catatan harian
  • Falsafah pendidikan kebangsaan
  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
  • Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan yang terdapat dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
  • Surat Pekeliling yang berkaitan

Rancangan Pengajaran Abad ke-21

Seiring dengan penyelerasan terhadap Pembelajaran Abad 21, para guru juga digalakkan memperbaharui dan menambah baik Rancangan Pengajaran Harian (RPH) agar selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Penambahbaikan Rancangan Pengajaran Harian ini juga dapat membuktikan bahawa guru sudah bersedia melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Abad ke-21.

Terdapat pelbagai contoh dan versi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut matapelajaran masing-masing. Namun, ianya masih mengekalkan elemen-elemen yang penting seperti:-

  • Standard Kandungan
  • Matlamat atau Objektif Pengajaran
  • Bahan Bantu Mengajar (BBM)
  • Strategi Pengajaran
  • Aktiviti yang akan dilakukan
  • Penutup iaitu memastikan samada matlamat tercapai atau tidak

Dengan pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian Abad 21, beberapa elemen lain ditambah seperti: Elemen Merentas Kurikulum, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), KBAT, Strategi PdP Abad 21, Nilai dan pelbagai lagi.

Perkongsian Bersama

Untuk makluman anda semua, sebelum ini kami ada berkongsikan cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Abad 21 yang selaras dengan penekanan Pembelajaran Abad ke-21.

Guru-guru boleh mengubah dan penambahbaik bahan yang dikongsikan mengikut kreativiti anda sendiri.

Diharap dengan perkongsian kami tentang surat Pekeliling Bagi Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ini dapat dijadikan panduan dan pembakar semangat kepada guru-guru untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dengan lebih menarik dan sistematik. Apa sahaja bahan atau bentuk boleh digunakan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ini asalkan ianya munasabah dan mudah disemak oleh pihak pentadbiran.

“Yang Paling Hebat Bagi Seorang Guru kerana Mereka Mengajar Tanpa Berhenti Belajar”