Latihan Awal Progres Aras Sederhana untuk murid Prasekolah. Bahan ini adalah bertujuan untuk menguji tahap penguasaan kanak-kanak berdasarkan latihan yang disediakan.
Di dalam latihan ini terdapat pelbagai soalan berkenaan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Latihan yang disediakan di dalam adalah pada tahap sederhana.
Selain daripada murid prasekolah, ia juga boleh digunakan oleh murid tahap 1. Ia dapat menguji tahap kefahaman setiap murid dan dapat mengetahui tahap penguasaan bagi setiap murid. Para guru boleh mencatat markah berdasarkan penguasaan mereka di dalam bahagian pemarkahan yang telah disediakan di muka surat hadapan.
Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan insentif kepada anak-anak. Melalui latihan ini, ibu bapa mampu mengetahui tahap penguasaan mereka di dalam setiap mata pelajaran.
Dapatkan “Latihan Awal Progres Aras Sederhana untuk murid Prasekolah” di sini
Di sini kami sediakan bahan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid prasekolah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan kepada anak-anak semasa waktu lapang. Sumber bahan adalah daripada telegram SENI KREATIF.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Latihan Progresif Aras Sederhana
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Awal Progres Aras Sederhana untuk murid Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak mendapatkan pendidikan yang mencukupi walaupun tidak menghadiri sesi PdP secara bersemuka.
Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:
- Aktiviti Prasekolah: Lembaran Suku Kata KV+KV+KV
- Modul Baca dan Salin Semula (KVKV) untuk Murid Prasekolah
- Bahan Bacaan Prasekolah Mengikut Urutan Huruf
- Lembaran Kerja KV+KVK Baca dan Salin Semula Prasekolah
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga ini menyediakan informasi terkini seperti isu-isu semasa, isu pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi yang bermanfaat untuk guru, ibu bapa dan orang awam.