Latihan Lembaran Permainan Silang Kata Operasi Tolak & Tambah

Lembaran Permainan Silang Kata Operasi Tolak & Tambah

780

 

lembaran permainan silang kata operasi tambah dan tolak

Lembaran Permainan Silang Kata Operasi Tolak & Tambah. Bahan ini boleh digunakan kepada murid prasekolah dan murid tahun 1, 2 dan 3 bagi menguji kefahaman mereka terhadap operasi tambah dan tolak.

Latihan ini merupakan salah satu inisiatif yang boleh digunakan oleh para ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada anak-anak. Selain daripada menyediakan bahan pendidikan, ibu bapa juga perlu menjadi kreatif dalam menyampaikan sesi pengajaran. Antaranya ialah, mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian.

Galakkan anak-anak untuk menabung sendiri dan dihujung bulan, kira setiap duit yang telah dikumpulkan mereka. Ibu bapa boleh menyuruh mereka mengasingkan duit-duit tersebut mengikut kumpulan mereka tersendiri seperti syiling 50 sen, wang kertas RM 1 dan sebagainya.

Dapatkan “Lembaran Permainan Silang Kata Operasi Tolak & Tambah” di sini


Di sini kami sediakan lembaran permainan yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar oleh para guru yang dapat menarik minat murid prasekolah. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan insentif kepada anak-anak semasa waktu lapang. Sumber bahan ini adalah daripada BAHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PERMAINAN SILANG KATA OPERASI TAMBAH DAN TOLAK

Ibu bapa perlulah menjadi kreatif dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak. Terdapat pelbagai cara yang telah banyak dikongsikan di dalam media sosial dan internet. Pada masa yang sama, bahan-bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan guru-guru.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Permainan Silang Kata Operasi Tolak & Tambah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan untuk murid dan anak-anak.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang bermanfaat untuk digunakan oleh para guru prasekolah dan murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi bermanfaat untuk ibu bapa, guru dan orang ramai.