Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 11&12. Bahasa Melayu merupakan kunci atau teras utama dalam membentuk perpaduan bangsa.
Bagi negara Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, satu bahasa perlu untuk menyatukan semua bangsa tersebut. Perpaduan dalam pengertiannya ialah penggabungan, perihal berpadu (bergabung menjadi satu dan sepakat). Dalam kata lain, membawa makna hubungan erat yang bersifat kerjasama dan mempunyai satu matlamat yang sama iaitu kemakmuran dan keharmonian.
Di Malaysia, konsep ‘bangsa Malaysia’ juga didefinisikan dalam Perlembagaan Negara 1957 yang menekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menerangkan sifat dan ciri ‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan, taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.
Peranan Bahasa Melayu dalam Perpaduan
Bahasa Melayu melambangkan identiti sebagai rakyat Malaysia yang sejati. Peranan Bahasa Melayu adalah jelas apabila Bahasa Melayu mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan serta digunakan dalam komunikasi, acara rasmi, urusan surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya.
Pengukuhan perpaduan antara kaun dan keturunan diasaskan Bahasa Melayu. Selain itu, Bahasa Melayu membentuk perpaduan dapat dibincangkan dalam empat cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka dan media massa.
Dapatkan “Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 11&12” di sini
Kami menyediakan bahan ini untuk kegunaan para guru dan ibu bapa untuk menjadikan latihan tambahan di rumah mahupun di sekolah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 TEMA KEBERSIHAN & KESIHATAN MS 11&12
Diharapkan agar dengan perkongsian Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 ini akan memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi bahan pendidikan seperti:
- Koleksi Lembar Bahasa Melayu dan Tatabahasa
- Latihan Bahas Inggeris Tema: At School Tahun 1
- Praktis Sains Tahun 1 Deria Manusia
Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan koleksi-koleksi bahan pendidikan dan juga informasi terkini.