Latihan Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 9&10

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 9&10

2561

Latihan BM Tahun 1 Tema Kebersihan dan Kesihatan Ms 9&10

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 9&10 kali ini akan memperincikan latihan berdasarkan unit kesihatan iaitu kecergasan badan. Setiap latihan yang diberikan akan mempunyai aktiviti tertentu bagi mencapai sesebuah standard pembelajaran khususnya bagi murid tahun 1.

Aktiviti-aktiviti di dalam latihan ini menyentuh aspek kesihatan daripada kecergasan badan dan pengambilan makanan yang sihat.

Kesihatan perlulah dijaga tidak mengira usia, kanak-kanak perlu mempunyai pemakanan yang seimbang bagi membantu tumbesaran mereka. Pemakanan yang seimbang dapat menghindarkan diri daripada mudah diserang penyakit seperti Demam, Selsema, Batuk dan sebagainya. Apabila diet seimbang diamalkan daripada awal peringkat tumbesaran, kanak-kanak akan mempunyai tahap imunisasi tubuh yang tinggi dan dapat melawan pelbagai penyakit.

Selain daripada diet yang seimbang, kecergasan badan haruslah dijaga. Kecergasan badan akan menyebabkan badan kanak-kanak tidak mudah penat, kuat melawan penyakit serta kecerdasan otak akan terjamin. Jika kanak-kanak sering dimanjakan dengan telefon pintar serta gajet-gajet sahaja, mereka tidak akan dapat membesar dengan baik. Aktiviti fizikal adalah penting di dalam fasa tumbesaran kanak-kanak kerana pada waktu inilah mereka belajar untuk menggunakan kemahiran motor halus dan kasar mereka seperti memegang, menulis, berlari dan sebagainya.

Jika anak-anak tidak mendapatkan aktiviti fizikal yang cukup, akan ada anak-anak yang kekok untuk memegang pensil apabila masuk ke prasekolah.

Jadi, jelaslah bahawa aktiviti fizikal dan diet pemakanan yang seimbang adalah penting untuk kanak-kanak sebagaimana yang diimplikasikan ke dalam Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 ini.

Dapatkan “Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 9&10” di sini

Di sini kami akan kongsikan bahan pendidikan latihan Bahasa Melayu Tahun 1 untuk kegunaan para guru dan ibu bapa

Latihan BM Tahun 1 Tema Pentingkan Kebersihan, Muka Surat 9

Latihan BM Tahun 1 Tema Pentingkan Kebersihan, Muka Surat 10

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 TEMA PENTINGKAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN MS 9&10

Diharapkan agar perkongsian Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 Tema Kebersihan dan Kesihatan ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi bahan-bahan pendidikan seperti:

  • Kuiz Online Bahasa Melayu Tahun 1
  • Contoh Soalan Bahasa Melayu Tahun 6 Bulan Mac
  • Contoh Ujian Diagnostik Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 6

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online bagi mendapatkan informasi terkini dan bahan-bahan pendidikan yang selaras dengan PdP di sekolah.