Latihan Matematik Tahun 1= Unit: Operasi Asas Muka Surat 11&12 ini dapat membantu murid dalam menguasai Operasi asas Matematik Tahun 1 serta mengimplikasikannya ke dalam kehidupan seharian.
Matematik adalah antara mata pelajaran yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Matematik seringkali digunapakai di dalam urusan perniagaan dan sebagainya malah, apabila mata pelajaran ini digabungkan bersama subjek Sains, ianya akan menghasilkan kemajuan dalam sesebuah negara.
Oleh hal demikian, matematik menjadi subjek teras dalam semua peringkat pendidikan negara.
Bagi mendidik anak-anak untuk meminati subjek ini, ibu bapa perlulah mencuba pelbagai kaedah yang sesuai untuk anak-anak mempelajari asas matematik. Fokus kepada penguasaan operasi asas dahulu dan tingkatkan tahap pembelajaran apabila anak-anak telah menguasai sesuatu topik.
Pendekatan Pembelajaran Matematik
Sebagai ibu bapa mahupun guru, seharusnya mengetahui cara-cara pendekatan pengajaran yang sesuai mengikut tahap umur supaya ianya sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak, kebolehan, kematangan dan menyeronokkan. Antara kaedah yang boleh digunakan oleh para guru dan ibu bapa ialah:
- Pendekatan belajar sambil bermain
- Pendekatan bertema
- Pendekatan bersepadu
- Komunikasi dan maklumat teknologi
Dapatkan “Latihan Matematik Tahun 1= Unit: Operasi Asas Muka Surat 11&12” di sini
Kami akan kongsikan bahan ini agar dapat digunakan sebagai latihan tambahan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sila muat turun bahan ini di dalam pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LATIHAN MATEMATIK TAHUN 1 OPERASI ASAS MUKA SURAT 11&12
Selain daripada bahan mata pelajaran matematik, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan bagi tahap 1 yang lain. Antaranya ialah:
- Latihan Sains Tahun 1 Tema Deria Manusia Muka Surat 9&10
- Praktis Tambahan Bahasa Melayu Tahun 1 Tema Pentingkan Kebersihan dan Kesihatan
- Praktis Bahasa Inggeris Tahun 1 Muka Surat 9&10
Diharapkan agar dengan perkongsian Latihan Matematik Operasi Asas Tahun 1 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan juga murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mengira mereka. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini dan juga bahan-bahan pendidikan yang berguna untuk guru-guru.