Latihan Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia, Muka Surat 9&10

Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia, Muka Surat 9&10

2171

Sains Tahun 1 Deria Manusia Ms 9&10

Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia, Muka Surat 9&10. Latihan ini merupakan sambungan daripada latihan yang lepas. Pada kali ini, aktiviti yang ditunjukkan adalah lebih spesifik untuk menajamkan lagi tahap kefahaman kanak-kanak khususnya yang berada pada tahun 1.

Keupayaan seseorang dalam menggunakan deria rasa akan semakin berkurang apabila meningkat umur. Keupayaan deria rasa hanya akan dapat merasa bahan asas seperti masam, manis, pahit dan masin. Jika terdapat rasa yang kompleks, deria bau akan diperlukan bagi membantu otak memproses informasi berkenaan dengan sesuatu rasa.

Deria manusia memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan manusia. Deria juga menjadi salah satu sebab keselamatan seseorang terjamin. Sebagai contoh, apabila seseorang menyentuh objek yang panas, secara automatik mereka akan segera mengangkat tangan jauh daripada objek tersebut. Jika deria sentuhan tidak berfungsi, tangan yang terkena objek panas semestinya akan cedera dan mengalami kesan yang teruk.

Dapatkan “Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia, Muka Surat 9&10” di sini


Di sini kami akan kongsikan bahan pendidikan ini untuk kegunaan para guru dan ibu bapa.

Bahan ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tambahan di rumah ataupun dijadikan bahan pendidikan di sekolah kerana kandungannya adalah seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) sekolah.

SAINS TAHUN 1, UNIT 4 MANUSIA MUKA SURAT 9

SAINS TAHUN 1, UNIT 4 MANUSIA MUKA SURAT 10

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN SAINS TAHUN 1- UNIT 4 MANUSIA MUKA SURAT 9&10

Kepentingan Deria kepada Perkembangan Kanak-kanak

  1. Permainan yang melibatkan deria akan dapat meningkatkan hubungan saraf dalam otak dan membantu perkembangan kognitif. Permainan seperti loceng atau bola adalah penting bagi membantu perkembangan kanak-kanak.
  2. Membantu perkembangan kemahiran motor halus yang melibatkan penggunaan otot lebih kecil pada tangan, jari dan pergelangan tangan. Semasa usia awal kanak-kanak, kemahiran motor asas dipelajari melalui proses menepuk tangan dan kemahiran motor kasar seperti berjalan. Melalui permainan yang melibatkan deria, mereka mampu meningkatkan dan menajamkan kemahiran motor mereka di mana aktiviti ini akan melibatkan otot lebih kecil dan koordinasi tangan dan mata.
  3. Membantu kanak-kanak meneroka dan belajar tentang alam sekeliling. Permainan deria melibatkan pelbagai medium seperti pasir, manik, air, buih dan sebagainya dapat mendedahkan kanak-kanak kepada elemen yang berbeza yang terdapat di sekeliling mereka.

Jenis-jenis Permainan Deria

  • Permainan kotak pasir
  • Tanah liat
  • Lukisan jari
  • Bermain di luar

Terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh jika deria kanak-kanak dirangsang pada peringkat awal perkembangan mereka.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan mata pelajaran Sains. Antaranya ialah:

Diharapkan agar bahan Latihan Sains Tahun 1 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada kanak-kanak.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online bagi mendapatkan informasi dan bahan pendidikan terkini.