Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 32&33

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 32&33

224

 

Latihan Prasekolah Pagar Sesat Bahasa Inggeris Kanak-Kanak Ms 32&33

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 32&33 pada kali ini mengajar berkenaan dengan sayur-sayuran. Latihan ini memperkenalkan pelbagai jenis sayur-sayuran yang sering digunakan di dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Tujuan utama latihan ini adalah untuk memperkenalkan Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak prasekolah dan kerana itulah arahan di dalam latihan ini adalah dalam bahasa inggeris.

Selain daripada guru yang berperanan di dalam mendidik kanak-kanak, ibu bapa juga menjadi punca utama kanak-kanak mendalami bahasa inggeris ini. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka berkenaan dengan bahasa inggeris di peringkat awal.

Pendekatan Ibu Bapa dalam Mengajar Bahasa Inggeris 

  1. Kuasai Bahasa Inggeris melalui media visual
    • Media visual seperti Youtube dan sebagainya menjadi kebimbangan ibu bapa jika didedahkan kepada kanak-kanak. Tetapi media visual adalah sangat membantu dalam memudahkan pembelajaran bahasa. Medium ini merupakan alatan yang berkesan untuk memupuk nilai moral kepada kanak-kanak. Manfaatkan teknologi pada zaman sekarang untuk pendidikan anak-anak dan ibu bapa haruslah bijak dalam mengawal penggunaan media dengan menghadkan waktu tontonan media visual setiap hari kepada satu jam sahaja.
  2. Pembacaan bahan Bahasa Inggeris. 
    • Bahan bacaan yang mempunyai visual dan penggunaan bahasa inggeris yang ringkas adalah bahan yang terbaik untuk anak-anak. Dengan menggunakan pengulangan perkataan mudah dengan petunjuk visual, kanak-kanak dapat mengembangkan perbendaharaan kata dengan mudah dan pantas. Apabila ibu bapa menceritakan bahan bacaan kepada kanak-kanak, mereka juga dapat mempelajari cara bacaan, intonasi, nada dan gerak isyarat badan.
  3. Nyanyi bersama-sama anak-anak. 
    • lagu kanak-kanak atau nursery rhymes bukan memberi kesan dalam mendedahkan anak-anak kepada perkataan bahar dengan cara menarik, mereka juga membantu untuk memperbaiki sebutan perkataan.
  4. Elakkan bercakap seperti bayi. 
    • Percakapan seperti bayi sering dianggap normal kerana seolah-olah bayi akan lebih memahami setiap perkataan jika dilagukan seperti percakapan bayi. Hal ini adalah bertentangan dengan cara yang betul dalam mengajar anak-anak untuk bercakap dengan kata-kata yang betul. Ibu bapa perlulah menyebut setiap perkataan dengan jelas dan terang supaya kanak-kanak ini akan dapat mengikuti cara sebutan setiap perkataan dengan betul.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 32&33” di sini


Disini kami akan berkongsi berkenaan bahan prasekolah yang boleh digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah, ataupun sebagai aktiviti tambahan bersama keluarga di rumah.

Latihan Pagar Sesat Prasekolah Ms 32

Latihan Prasekolah Pagar Sesat Ms 33

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MS 32&33

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan yang lain seperti:

Diharapkan agar perkongsian berkenaan dengan Latihan Prasekolah ini akan dapat memberikan manfaat kepada ibu bapa dan guru-guru dalam menyediakan bahan pendidikan kepada kanak-kanak. Layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini dan bahan pendidikan yang lain.