Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 36&37

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 36&37

205

Pagar Sesat Prasekolah

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 36&37 adalah antara salah satu aktiviti yang dapat memupuk kemahiran berfikir dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak di dalam peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran berfikir.

Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat kerana melalui pemahaman simbol dan sosialisasi (Debord dan Hertzler dalam Swadener, 1994). Kemahiran berfikir dapat berkembang melalui aktiviti:

  1. Sentuh
  2. Rasa
  3. Campur
  4. Pusing
  5. Campak

Aktiviti penerokaan menjadi keperluan bagi menguji sikap berdikari kanak-kanak semasa peringkat umur mereka di prasekolah. Pembelajaran sikap berdikari adalah cara bagi kanak-kanak untuk membentuk daya inisiatif atau motivasi yang sihat.

Faktor Mempengaruhi Pembelajaran Kanak-Kanak

Pengajaran dan pembelajaran disusun supaya guru dapat menyampaikan maklumat yang membolehkan kanak-kanak berfikir dan belajar dengan mengambil kira perkembangan kognitif kanak-kanak dan faktor persekitaran.

  1. Penyampaian guru
  2. Aktiviti yang disediakan
  3. Bahan yang digunakan
  4. Peluang interaksi kanak-kanak bersama guru, rakan dan bahan.

Kebolehan kanak-kanak belajar bergantung pada persepsi, penumpuan, bermain, berkomunikasi dan mengingat maklumat yang disampaikan (Gaithersburg dan rakan-rakan, 1998). Berfikir adalah bersifat Object-Oriented, fizikal dan kerap berfokus pada visual. Apabila kanak-kanak didedahkan kepada objek konkrit yang baru, maka proses mengorganisasi pemikiran dan tingkah laku ke atas objek bermula.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 36&37” di sini


Di sini kami akan menyediakan bahan prasekolah agar dapat dimanfaatkan oleh para guru dan ibu bapa.

Prasekolah Pagar Sesat Ms 36

Prasekolah Pagar Sesat Ms 37

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PRASEKOLAH AKTIVITI PAGAR SESAT MS 36&37

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk mengembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Prasekolah adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan bertanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Selain daripada perkongsian bahan prasekolah, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan yang lain. Antaranya: