Latihan Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia Muka Surat 11&12

Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia Muka Surat 11&12

3026

Sains Deria Manusia Tahun 1 Ms 11&12

Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia Muka Surat 11&12. Secara asasnya, manusia mempunyai 5 deria iaitu deria sentuhan, bau, rasa, lihat dan dengar. Setiap deria mempunyai rangsangan yang tersendiri seperti deria penglihatan dirangsang oleh cahaya dan lain-lain.

Bagi mengajar anak-anak berkenaan dengan mata pelajaran sains, terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru.

Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan sesi pengajaran, guru memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid akan dibimbing dalam proses memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh yang diberikan lalu memberikan kesimpulan.

Kaedah Induktif yang berlandaskan pendekatan tertentu merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam sesi PdP bagi mana-mana mata pelajaran khususnya matematik, sains dan bahasa.

Pendekatan Induktif bermula daripada spesifik kepada umum dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan W. Gibson, 1960). Hal ini bermaksud seorang guru boleh membantu pelajar menguasai sesuatu konsep berdasarkan pemerhatian atau daripada contoh yang diperolehi.

Dapatkan “Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia Muka Surat 11&12” di sini


Bahan ini boleh dicetak dan digunakan semasa proses pembelajaran di sekolah ataupun digunakan oleh ibu bapa sebagai aktiviti tambahan anak-anak di rumah

SAINS TAHUN 1, UNIT 4 MANUSIA MUKA SURAT 11

SAINS TAHUN 1, UNIT 4 MANUSIA MUKA SURAT 12

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN SAINS TAHUN 1 UNIT DERIA MS 11&12

Ibu bapa juga boleh menggunaakan pendekatan induktif Sains Tahun 1 dalam mendidik anak-anak berkenaan dengan mata pelajaran Sains khususnya bagi topik deria ini. Ibu bapa turut memainkan peranan dalam mendidik anak-anak tentang pendidikan bukan sahaja guru-guru di sekolah.

Misalnya ketika waktu makan, berkomunikasi dengan anak-anak berkenaan dengan rasa makanan, dan sebagainya. Perkara ini sedikit sebanyak akan meningkatkan pengalaman dan tahap kefahaman anak-anak terhadap penggunaan sains dalam kehidupan seharian.

Selain daripada perkongsian berkenaan dengan bahan pendidikan mata pelajaran Sains Tahun 1 ini, kami juga ada berkongsi bahan-bahan pendidikan yang lain seperti:

Semoga dengan perkongsian Latihan dan Pendekatan Induktif Sains Tahun 1 ini akan memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini dan juga bahan-bahan pendidikan yang selaras dengan PdP sekolah.