Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 38&39 pada kali ini mengenalkan kepada kanak-kanak prasekolah berkenaan dengan beberapa sayur. Aktiviti pagar sesat ini sedikit sebanyak mampu membantu kanak-kanak untuk menambah kemahiran mereka.
Antara kemahiran yang dapat ditambahbaik daripada aktiviti pagar sesat ini adalah kemahiran motor halus, motor kasar serta kemahiran berfikir.
Kemahiran motor halus adalah sangat penting semasa fasa awal perkembangan kanak-kanak. Kemahiran motor halus ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan untuk membuat gerakan. Pergerakan ini melibatkan otot-otot kecil pada tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah.
Kepentingan Kemahiran Motor Halus
Motor halus penting untuk kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti seharian dan melalui proses pembelajaran dengan sempurna. Misalnya pada usia 3 tahun, anak-anak dapat memegang sudu dengan betul tanpa memerlukan bantuan orang dewasa.
Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 38&39” di sini
Kami menyediakan bahan pendidikan ini untuk kegunaan para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan untuk anak-anak prasekolah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MS 38&39
Ibu bapa perlulah sentiasa mendedahkan anak-anak dengan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan motor halus yang lebih optimum.
Diharapkan agar perkongsian Latihan Pagar Sesat ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa.
Selain daripada perkongsian bahan pendidikan prasekolah, kami juga ada berkongsi latihan seperti:
- Latihan Bahasa Inggeris Unit At School
- Praktis Matematik Operasi Asas Tahun 1
- Latihan Sains Tahun 1 Unit Deria Manusia
Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan serta informasi terkini.