Modul Modul Pengajaran dan Pembelajaran KSSM Tingkatan 1 Asas Sains Komputer

Modul Pengajaran dan Pembelajaran KSSM Tingkatan 1 Asas Sains Komputer

3746

Modul Pengajaran dan Pembelajaran KSSM Tingkatan 1 Asas Sains Komputer ini dibangunkan berasaskan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Asas Sains Komputer (ASK) bertujuan membantu guru merancang pedagogi di dalam bilik darjah dengan lebih mudah dan berkesan. Modul PdP ini hanyalah sebagai cadangan yang difikirkan sesuai untuk Standard Pembelajaran ASK Tingkatan 1. Guru boleh merancang sendiri atau mengubah suai teknik PdP mengikut tahap murid di sekolah masing-masing.

Pengenalan

Asas Sains Komputer merupakan mata pelajaran yang terbaru iaitu dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Mata pelajaran ini dilaksanakan secara berperingkat mulai 2017.

Kandungan Modul

Terdapat 31 modul PdP untuk rujukan guru ASK. Modul ini terbahagi kepada pernyataan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Guru perlu merancang PdP mengikut Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Guru perlu menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk kegunaan murid bagi aktiviti PdP yang terdapat di dalam Modul PdP ASK. Guru boleh merujuk kepada rujukan yang disediakan dalam modul sebagai persediaan sebelum sesi PdP dan juga boleh memberikan pautan rujukan yang disediakan di dalam Modul PdP ASK kepada murid sebagai maklumat tambahan kepada murid.

Rancangan Pengajaran di dalam Modul PdP ASK terdiri daripada 4 komponen iaitu set induksi, aktiviti, penilaian individu dan penutup. Guru juga boleh menggunakan lampiran dan lembaran kerja yang disediakan dalam setiap modul pengajaran bagi aktiviti PdP di dalam kelas dengan murid. Skema jawapan juga disediakan sebagai panduan kepada guru.

Adalah diharapkan hasrat yang terkandung dalam kurikulum ASK dapat difahami dan seterusnya dilaksanakan dengan baik oleh guru dengan menggunakan Modul PdP ASK semasa melaksanakan PdP di dalam kelas untuk memastikan objektif pembelajaran yang dirancang tercapai bagi menyediakan murid yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang seterusnya dapat melahirkan murid berfikiran komputasional serta mampu menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem serta memahami tingkah laku manusia yang merupakan prinsip asas sains komputer.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun modul-modul ini pada pautan muat turun yang telah disediakan pada ruangan muat turun di bawah.

Dapatkan “Modul Pengajaran dan Pembelajaran KSSM Tingkatan 1 Asas Sains Komputer” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional
  2. Perwakilan Data (1)
  3. Perwakilan Data (2)
  4. Algoritma
  5. Kod Arahan (1)
  6. Kod Arahan (2)

 

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Modul Pengajaran dan Pembelajaran KSSM Tingkatan 1 Asas Sains Komputer bermanfaat buat semua. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.