Nota Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3

Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3

516
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3

Bagi memudahkan persenbahan hasil soal selidik dan pengumpulan data, bab jadual dan graf dalam nota geografi tingkatan 3 admin kongsikan sebagai panduan.

Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3

Definisi Jadual

Jadual merupakan cara untuk mempersembahkan sesuatu data dan maklumat lebih tersusun. Data dan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk jadual lebih mudah dibaca, difahami dan ditafsir

Ciri-Ciri Jadual

  1. Tajuk
  2. Data dan maklumat
  3. Sunber
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3


Kegunaan Jadual

  1. Data yang dipersembahkan lepih terusun dan mudah menarik perhatian orang yang melihat
  2. Digunakan untuk melihat perubahan dan pertalian antara dua set maklumat
  3. Data dan maklumat dalam jadual digunakan untuk menghasilkan graf mengikut kesesuaian
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3

Kaedah Pengumpulan Maklumat dan Keterangannya

Kaedah pengumpulan maklumatKeterangan
Kaedah permerhatian1. Kaedah paling mudah dan cepat dilakukan.

2. Maklumat yang hendak dikumpulkan dapat diperoleh melalui pemerhatian dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.
Kaedah temubual1. Kaedah pengumpulan maklumat secara lisan melalui perjumpaan atau soal jawab dengan seseorang.

2. Kaedah ini sesuai untuk mengumpul data atau maklumat yang berkait dengan berita, pendapat dan nasihat
BanciKaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dihitung.

Jabatan Perangkaan Malaysia kebiasaannya menggunakan kaedah ini untuk menghitung jumlah penduduk Malaysia berdasarkan perkara-perkara seperti umur, pekerjaan, pendapatan, bangsa dan jantina
Soal selidikDilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai dan borang yang telah diisi perlu dikumpulkan semula.
Rujukan kepustakaanMerujuk kepada bahan-bahan yang sudah diterbitkan seperti buku, majalah. risalah, keratan akhbar, laman web dan cakera padat

mari ikuti kami di saluran telegram untuk mendapatkan lebih bnyak lagi nota dan latihan melalui pautan berikut:

Definisi Graf

Merupakan persembahan data yang boleh didapati dalam bentuk graf bar mudah, graf garisan mudah dan graf gabungan

Jenis Graf, Ciri-Ciri dan Kegunaannya

a. Graf bar mudah

Ciri-ciriKegunaan
Paksi menegak, paksi mendatar, tajuk, petunjuk Bar-bar dilukis secara menegak atau mendatar dan ketinggian bar mewakili kuantiti sesuatu komponenUntuk mempersembahkan data yang boleh dikira seperti orang, kereta, rumah dan lain-lain

Digunakan untuk menunjukkan perbezaan antara komponen yang dikaji
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3

b.Graf garisan mudah

Ciri-ciriKegunaan
Dilukis secara garisan yang panjang

Garisan yang curam menggambarkan perubahan yang besar

Garisan yang landai menggambarkan perubahan yang kecil

Garisan mendatar bermakna tiada perubahan yang berlaku pada nilai yang berkenaan dalam tempoh masa tertentu
Untuk menunjukkan sesuatu perkara yang besar mengalami perubahan jumlah atau nilai yang berterusan

Data yang dipersembahkan menggunakan graf garisan ialah maklumat mengenai: Min suhu bulanan, perubahan penduduk dan jualan barang atau produk dan lain-lain
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3


c. Graf gabungan

Ciri-ciriKegunaan
Gabungan graf bar mudah dan graf garisan menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam satu grafMenunjukkan perubahan atau perbezaan antara dua perkara yang saling berkaitan

Menunjukkan perubahan atau perbezaan antara dua perkara yang saling berkaitan

– Suhu dan hujan
– Harga jualan dan pengeluaran
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3

Langkah-langkah Membina Jadual

  1. Data dan maklumat yang diperoleh harus disusun dalam bentuk jadual supaya mudah dibaca, difahami dan ditafsir.
  2. Bina jadual kekerapan.
  3. Ringkaskan jadual dalam bentuk yang lebih mudah.
  4. Perlu ada tajuk jadual.
  5. Sertakan sumber.

Contoh 1

Berikut merupakan data maklumat mengenai cara pelajar Tingkatan 3 Mutiara datang ke SMK Orkid pada tahun 2017.

Jadual 1.1 Cara murid Tingkatan 3 Mutiara datang ke SMK Orkid pada tahun 2017

Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3

Melalui data seperti di atas, dapat diringkaskan dalam bentuk jadual kekerapan dan jadual bentuk mudah.

  • Jadual kekerapan
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
  • Jadual lebih mudah
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3
Bab Jadual Dan Graf Nota Geografi Tingkatan 3

Dapatkan Bab jadual dan graf nota geografi tingkatan 3 melalui pautan berikut:

Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan dan Graf Gabungan

Tafsiran perlu dibuat untuk memahami data jadual dan graf. Tafsiran graf dapat membantu untuk mengembangkan data secara terperinci. Langkah-langkah untuk mentafsir jadual, graf bar mudah, graf garisan mudah dan graf gabungan:

  1. Perhatikan tajuk.
  2. Perhatikan maklumat di dalam jadual.
  3. Perhatikan paksi menegak dan paksi mendatar.
  4. Kenal pasti dan huraikan nilai maksimum dan minimum data.
  5. Huraikan aliran perubahan data (graf garisan mudah).
  6. Huraikan isi tersirat berdasarkan data.
  7. Buat rumusan secara keseluruhan.

Disediakan oleh: Pandai.org