Lanjutan nota yang lepas, admin akan kongsikan kali ini nota kata ganti nama diri bagi subjek bahasa melayu tahun 6. Nota yang lepas, kita berbincang berkaitan kata ganti nama diri singkat, namun kali ini kita berbincang tentang pecahan dalam kata ganti nama diri.
Kepada yang terlepas atau belum membaca nota kata ganti nama diri singkat boleh menekan pautan berikut:
Contents
Nota Kata Ganti Nama Diri
Perbincangan kita akan tertumpu kepada 3 pembahagian kata ganti nama diri dan pastikan dapat mengelak kesilapan yang biasa kita lakukan .
Apa Maksud Kata Ganti Nama Diri?
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 jenis seperti berikut:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar) c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
- Bilangan penutur atau pendengar pula dalam bahasa melayu terbahagi hanya kepada dua bahagian seperti berikut:
- Tunggal (seorang)
- Jamak (lebih daripada seorang)
- Golongan pengguna pula dibahagikan kepada 3:
- Masyarakat Moden
- Masyarakat Melayu Lama (klasik)
- Masyarakat Istana / Bangsawan
Mari ikuti kami di saluran telegram pendidikan untuk mendapatkan bahan nota dan latihan bagi sekolah rendah dan prasekolah dengan menekan butang pautan di bawah:
Contoh Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama berfungsi sebagai menggantikan nama diri atau orang yang bertutur
Kata ganti nama diri pertama | |
---|---|
aku (tunggal) | Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban) |
saya | Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi. |
hamba (tunggal) | Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu. |
patik (tunggal) | Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan. |
beta | Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat. |
kami (tunggal) | Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua. |
kita (tunggal) | Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua. |
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua
Bagi kata ganti diri kedua pula berfungsi sebagai menggantikan diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua | Penggunaannya |
---|---|
anda (tunggal dan jamak) | Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita. |
awak (tunggal) | Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. |
engkau (tunggal) | Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau) |
Tuan hamba (tunggal) | Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua) |
Tuanku (tunggal) | Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan. |
kalian (tunggal) | Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap. |
kamu (tunggal dan jamak) | Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. |
c. Kata Nama Diri Ketiga
Menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga bagi orang yang tidak hadir dalam sesi percakapan.
Kata Ganti Diri ketiga | Penggunaannya |
---|---|
Beliau | Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati |
Baginda | Digunakan untuk kerabat diraja |
Dia | digunakan untuk diri orang yang ketiga |
Mereka | Digunakan bagi bilangan orang lebih daripada seorang |
Bentuk kesilapan
SALAH | BETUL |
---|---|
“Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul. | “Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul. |
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun. | Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun. |
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. | Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. |
“Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka kepada Sultan Mansor Syah. | “Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah. |
Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau. | Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda. |
Saya ingin berjumpa dengan ia | Saya ingin berjumpa dengannya. |
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang. | Mereka sedang bermain bola di padang. |
Jangan lupa dapatkan nota ini menerusi pautan dibawah:
Disediakan oleh: NS
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri | Tunggal | Bilangan Banyak / Jamak |
---|---|---|
Diri Pertama (penutur) | aku saya patik hamba | kami kita |
Diri Kedua (pendengar) | awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda kalian Tuanku tuan hamba | awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua |
Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya) | Dia Ia Baginda Beliau | mereka |