Nota NOTA : PETA MINDA SAINS TINGKATAN SATU BM/BI

NOTA : PETA MINDA SAINS TINGKATAN SATU BM/BI

807

Peta minda merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh pelajar dalam membuat nota ringkas bagi memudahkan mereka untuk lebih memahami apa yang dipelajari. Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk semua lapisan umur bahkan ia juga sesuai digunakan untuk apa saja subjek sama ada dari segi pendidikan mahupun lain-lain.

Peta minda juga adalah bersifat bebas dan tidak terhad. Ia dibuat dengan mengikut kreativiti masing-masing. Peta minda boleh dibuat dengan seringkas-ringkasnya atau boleh dibuat dengan cantik dan penuh warna-warni.

Kenapa peta minda sesuai digunakan sebagai salah satu kaedah membuat nota?

  • pembelajaran akan lebih terancang
  • pelajar akan lebih tertarik untuk belajar
  • mudah untuk mengingati isi penting
  • meransang penggunaan otak kiri dan kanan

Oleh itu, Tcer ingin kongsikan peta minda untuk subjek sains tingkatan satu yang terdiri daripada Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris bagi membantu memudahkan urusan guru dan murid untuk belajar dan memahami subjek ini.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan pembelajaran pendidik dan pelajar. Jangan lupa follow Tcer di telegram chanel https://t.me/sistemguruonline ye! kongsikan juga artikel ini pada rakan-rakan anda yang lain. TERIMA KASIH 🙂

MUAT TURUN SEKARANG :