Sains adalah salah satu subjek yang sangat terkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Ia juga merupakan subjek yang sangat menarik untuk dipelajari kerana bukan sahaja melibatkan tentang alam sekitar tetapi juga diri kita sendiri. Ada pelbagai perkara yang boleh diterokai dalam subjek ini.
Macam mana nak terapkan minat terhadap subjek ini dari usia muda? Mudah saja! Kita diajar mengenai sains seawal dari usia 3-4tahun sebenarnya! Sewaktu berada di pra-sekolah, kita diajar teknik sentuhan, kenalpasti tekstur, rasa dan sebagainya.
Gunakan teknik yang sama ketika di sekolah rendah, ia dipanggil Hands-On, ajak murid untuk melakukan aktiviti sains yang memerlukan mereka turut sama menggunakan tangan mereka. Seperti lakukan ujikaji, lukisan gambarajah sesuatu, dan sebagainya. Gunakan juga teknik Minds-On iaitu penggunaan minda seperti popkuiz soalan-soalan terpilih yang menarik dan membuat mereka berfikir.
Guru juga boleh gunakan apa-apa teknologi yang dapat membantu pelajar untuk lebih mudah memahami sesuatu topik yang dipelajari. Disini admin kongsikan nota yang dapat guru-guru gunakan bersama pelajar ketika sesi pembelajaran.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih
MUAT TURUN NOTA SAINS TAHUN 4 5 DAN 6 SEKARANG :