Bagi menarik minat pembaca menghayati penulisan kita, admin kongsikan panduan membuat pendahuluan karangan terbaik yang mampu menjentik hati pembaca sehingga ke titik akhir karangan. Pendahuluan yang baik, membuat satu gambaran yang mendatangkan persoalan kepada pembaca apa yang hendak diperbahaskan dalam karangan tersebut.
Contents
Panduan Membuat Pendahuluan karangan Terbaik
Kebanyakan pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan merupakan titik awal dalam proses pemarkahan. Pendahuluan yang bebas daripada kesalahan, mempunyai kesinambunganyang erat antara fakta dengan huaraian berserta intipan isi yang samar-samar akan menyebabkan pemeriksa terpikat untuk meneruskan pembacaan, yakni penyemakan sekali gus memberikan markah yang baik untuk anda dalam peperiksaan.
Apa Peranan Pendahuluan?
Pendahuluan ialah permulaan kepada karangan yang hendak dibina. Pendahuluan menceritakan latar belakang tajuk karangan yang dibahaskan. Pengulangan pendahuluan yang dihafal adakalanya tidak sesuai dengan tajuk yang dibahaskan, bahkan tersilap membincangkan isi-isi penting dalam pendahulu. Sebagai bantuan, formula 4W\1A akan membantu pelajar untuk menjana idea dan mengelakkan diri mereka dari memasukkan isi-isi penting ke dalam pendahuluan.
Contoh Membina Pendahuluan Karangan
Soalan Karangan
Saban tahun, pihak polis sering menerima laporan tentang kemalangan jalan raya yang tidak berpenghujung. Keadaan ini telah membimbangkan semua pihak, terutamanya kerajaan. Oleh itu, bincangkan punca-punca kemalangan jalan raya di Malaysia.
- Langkah 1:
Kenal pasti arahan dan kata kunci utama dalam soalan. Berdasarkan soalan, mengarahkan pelajar membincangkan punca-punca dan kata kunci utamanya ialah kemalangan jalan raya.
- Langkah 2:
Menggunakan kata tanya ‘what’ atau ‘apa’ untuk membina ayat pertama pendahuluan. Yang digunakan untuk menanyakan sesuatu benda atau perkara. Oleh itu, pelajar dikehendaki menyatakan maksud kata kunci soalan iaitu, maksud kemalangan jalan raya. Contoh seperti berikut:
Ayat 1: Kemalangan jalan raya ialah kecelakaan yang berlaku di atas jalan raya tanpa diduga.
- Langkah 3:
untuk membina ayat kedua pendahuluan, Pelajar dikehendaki menggunakan kata tanya ‘where’ atau ‘mana’ untuk menanyakan tempat sesuatu benda atau perkara iaitu, menyatakan tempat berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai contoh ayat:
Ayat 2: Kemalangan jalan raya boleh berlaku di mana-mana sahaja, terutamanya di lebuh raya, simpang dan cerun bukit.
- Langkah 4:
Ayat ketiga pendahuluan menggunakan kata tanya ‘when’ atau ‘bila’ untuk menanyakan masa atau tempoh sesuatu benda atau perkara. Iaitu, menyatakan masa atau tempoh berlakunya kemalangan jalan raya. Contoh ayat:
Ayat 3: Bukan itu sahaja, kemalangan jalan raya juga boleh berlaku tidak mengira masa, lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan waktu puncak.
- Langkah 5:
ayat keempat pendahuluan dengan menggunakan kata tanya ‘who’ atau ‘siapa’ untuk menanyakan orang. Oleh itu, menyatakan orang yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Contoh ayat:
Ayat 4: Kemelut ini telah meragut banyak nyawa insan yang tidak bersalah seperti warga tua, bayi dan ramai lagi.
- Langkah 6:
Ayat kelima pendahuluan dengan menggunakan ayat arahan yang dibina berdasarkan arahan pada soalan yang diberikan. soalan mengarahkan pelajar membincangkan punca-punca kemalangan jalan raya. Contoh ayat:
Ayat 5: Oleh itu, terdapat pelbagai punca kemalangan jalan raya yang perlu dikenal pasti.
Gabungan daripada contoh ayat yang sudah dibina di atas adalah seperti berikut:
Kemalangan jalan raya ialah kecelakaan yang berlaku di atas jalan raya tanpa diduga. Kemalangan jalan raya boleh berlaku di mana-mana sahaja, terutamanya di lebuh raya, simpang dan cerun bukit. Bukan itu sahaja, kemalangan jalan raya juga boleh berlaku tidak mengira masa, lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan waktu puncak. Kemelut ini telah meragut banyak nyawa insan yang tidak bersalah seperti warga tua, bayi dan ramai lagi. Oleh itu, terdapat pelbagai punca kemalangan jalan raya yang perlu dikenal pasti.
Disediakan oleh: Muhammad Faizul bin Abdul Hamid
Jangan lepaskan peluang mendapatakan nota dan latihan di saluran Telegram melalui pautan berikut:
Jenis-jenis Pendahuluan karangan
Terdapat 10 jenis pendahuluan bagi karangan SPM yang boleh pelajar buat mengikut kesesuaian arahan soalan. berikut senarai 10 jenis pendahuluan:
10 jenis pendahuluan karangan umum (SPM)
1. Perenggan jenis definisi
2. Perenggan jenis pendapat tokoh
3. Pendahuluan jenis suasana/gambaran
4. Pendahuluan jenis persoalan
5. Pendahuluan jenis peribahasa/pepatah/cogan kata
6. Pendahuluan jenis latar belakang sejarah
7. Pendahuluan jenis fakta
8. Pendahuluan jenis tajuk berita
9. Pendahuluan jenis puisi
10.Pendahuluan jenis gabungan
Mari kita tengok beberapa contoh Jenis perenggan pendahuluan
1) Definisi
Pendahuluan definisi akan dimulakan dengan memberikan maksud atau takrif terhadap isu atau perkara yang menjadi tajuk karangan. Ia adalah sesuai untuk karangan jenis penerangan dan perbahasan. Pemberian definisi terus daripada kamus juga digalakkan di mana sumber penulisan pelajar dipercayai dan tepat.
Contoh:
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 2000 kepada 43 210 kes pada tahun 2003. Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah
2) Pendapat Tokoh
Pendahuluan bagi pendapat tokoh lazimnya digunakan apabila pendapat tokoh tersebut berkait dengan soalan karangan yang diberikan. Tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis penerangan, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan.
Contoh:
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau berkata “Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan lupa membaca. Tabiat membaca rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan penduduk di negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan China.
3) Suasana atau Gambaran
Bagi pendahuluan suasan atau gambaran, pelajar boleh menggambarkan sesuatu melalui suasan atau situasi yang sesuai. Ia adalah sesuai digunakan dalam penulisan karangan jenis cerita dan deskriptif.
Contoh:
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami. Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser, sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang kami lalui nanti. Semakin banyak pokok dan tanah ditebang dan ditarah bagi membuka tanah pertanian atau dijadikan hotel bagi pelancong menginap di kawasan tanah tinggi ini.
Disediakan oleh: I pendidikan
Dapatkan 10 jenis contoh pendahuluan karangan lengkap menerusi pautan berikut: