UASA Muat Turun Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Muat Turun Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6

3227
Muat Turun Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6
Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Sebagai persediaan menjelang Ujian akhir sesi akademik, admin mengajak muat turun bahan persediaan menduduki ujian UASA Pendidikan Seni visual tahun 6. Memahami arahan soalan dan membuat rancangan persediaan bahan lukisan sangat penting untuk menjimatkan masa sewaktu peperiksaan.

Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Format Ujian UASA Pendidikan Seni Visual (PSV)

Masa untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Matematik, Sains dan Sejarah adalah selama 1 jam 15 minit. Kertas BM hanya 1 kertas sahaja dengan mengandungi 4 bahagian soalan. Markah keseluruhan adalah 50 markah.

Bagi subjek PSV pula, masa menjawab adalah selama 1 jam. Soalan bagi murid tahap dua terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

  • Bahagian A: Objektif (20 Markah)
  • Bahagian B: Subjektif (30 Markah)

Nota PSV Tahun 6

Nota Bahasa seni visual Unsur Seni

Berikut merupakan jenis bahasa seni visual yang digunakan mengandungi unsur seni.

a) Garisan

Muat Turun Bahan Persediaan Menduduki Ujian Uasa Pendidikan Seni Visual Tahun 6
Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Garisan ialah hasil sambungan titik ke titik di atas sesuatu permukaan.

b) Rupa

Muat Turun Bahan Persediaan Menduduki Ujian Uasa Pendidikan Seni Visual Tahun 6
Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Rupa ialah hasil sambungan garisan yang bertemu dari hujung ke pangkal. Rupa boleh dibahagikan kepada dua, iaitu rupa organik dan rupa geometri.

c) Jalinan

Muat Turun Bahan Persediaan Menduduki Ujian Uasa Pendidikan Seni Visual Tahun 6
Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Jalinan merupakan kesan yang ada pada sesuatu permukaan. Terdapat dua jenis jalinan, iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh.

d) Warna

Muat Turun Bahan Persediaan Menduduki Ujian Uasa Pendidikan Seni Visual Tahun 6
Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Warna boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.

Warna asas ialah warna yang tidak dapat dihasilkan daripada campuran warna lain. Warna sekunder ialah warna hasil campuran dua warna asas. Warna tertier ialah warna hasil campuran warna asas dan warna sekunder.

e) Ruang

Muat Turun Bahan Persediaan Menduduki Ujian Uasa Pendidikan Seni Visual Tahun 6
Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6
  • Ruang belakang
  • Ruang tengah
  • Ruang hadapan

Ruang ialah jarak di antara dua objek. Kedudukan objek dalam sesuatu jarak akan menimbulkan kesan ruang belakang, ruang tengah dan ruang hadapan.

f) Bentuk

Muat Turun Bahan Persediaan Menduduki Ujian Uasa Pendidikan Seni Visual Tahun 6
Bahan Persediaan Menduduki Ujian UASA Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Bentuk asas mempunyai struktur jisim dan isi padu. Bentuk dibahagikan kepada dua, iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.

Sila dapatkan nota lengkap pendidikan seni visual dengan menekan pautan di bawah:

Bentuk Soalan Peperiksaan Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Masa : 1 Jam 15 Minit
Arahan :

  1. Semua murid perlu memilih satu soalan sahaja dan membawa media yang diperlukan. Hanya kertas lukisan yang
    akan dibekalkan oleh sekolah.
  2. Semua hasil kerja murid hendaklah ditulis dengan nama penuh, kelas dan tajuk soalan yang dipilih di sudut
    sebelah kiri di belakang kertas lukisan.
  3. Semua hasil kerja yang terpilih akan menjadi hakmilik Panitia Pendidikan Seni Visual.

Nota : Kertas soalan Pendidikan Seni Visual ini diberi seminggu sebelum tarikh peperiksaan untuk memberi masa kepada
murid membuat persiapan. Sila rujuk buku teks Pendidikan Seni Visual Tahun 6.

Ikuti kamin di saluran Telegram untuk mendapatkan lebih banyak nota dan latihan sebagai latih tubi pelajar menghadapi ujian akhir sesi akademik dengan cemerlang dengan menekan butang pautan berikut:

Tahap Penilaian UASA Pendidikan Seni Visual (PSV)

Tahap penguasaan atau grading bagi UASA tidak diberikan melalui gred atau markah tetapi dinilai melalui preatasi pelajar mengikut tahap penguasaan seperti berikut

1. TP1: Tahu

  • Pelajar tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2. TP2: Tahu dan faham

  • Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3. TP3: Tahu, Faham dan Boleh Buat

  • Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari dan melaksanakannya.

4. TP4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

  • Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

5. TP5: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

  • Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif

6. TP6: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

  • Pelajar berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi

Soalan A : Menggambar

Teknik : Poster gabungan lukisan dan gambar
Tajuk : Selamatkan Bumi Kita
Media : Kertas lukisan, gambar, warna air, berus lukisan dan bekas pembancuh warna

Soalan B : Membuat Corak dan Rekaan

Teknik : Tiupan, lipatan dan guntingan
Tajuk : Hiasan dinding
Media : Kertas lukisan, berus, warna air, berus lukisan dan bekas pembancuh warna, gunting dan straw

Soalan C : Membentuk dan Membuat Binaan

Teknik : Mobail
Tajuk : Arca Mobail
Media : Kertas warna, gunting, tali, alat gantung (ranting kayu), pencil warna dan gam

Soalan D : Menggambar

Teknik : Campuran (lukisan dan gambar)
Tajuk : Buah-buahan
Media : Kertas lukisan, kertas warna, gunting, dan gam

Koleksi Kertas Soalan Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Koleksi soalan
Set 1
Set 2
Set 3
Set 4
Set 5
Set 6
Set 7
Set 8
Set 9
Set 10