Informasi Dapatkan Modul Persediaan Menduduki Peperiksaan UASA Pendidikan Musik Tahun 6

Dapatkan Modul Persediaan Menduduki Peperiksaan UASA Pendidikan Musik Tahun 6

364
Dapatkan Modul Persediaan Menduduki Peperiksaan UASA Pendidikan Musik Tahun 6
Modul Persediaan Menduduki Peperiksaan UASA Pendidikan Musik Tahun 6

Sebagai persediaan menduduki UASA, Admin mengajak para guru dan ibu bapa dapatkan modul persediaan menduduki peperiksaan UASA pendidikan musik tahun 6. Walaupun subjek pendidikan muzik bukan subjek teras, tetapi ia sangat membantu dalam mencungkil minat dan kebolehan pelajar dalam bidang muzik.

Para pelajar sangat gemar mengetahui perkara baru terutamanya penggunaan alat muzik, bahkan ada dikalangan ibu bapa pelajar menghantar anaknya ke kelas piano. Oleh itu, dengan kelebihan yang terpendam dalam di pelajar, Gurulah yang bertanggungjawab mendatangkan minat dan mencungkil bakat pelajar sejak bangku sekolah lagi.

Mata Pelajaran Pendidikan Musik Tahun 6

Matlamat Pelajaran Pendidikan Muzik

Matlamat pelajaran pendidikan muzik adalah bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, matapelajaran pendidikan muzik diwujudkan bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran seperti yang terkandung di dalam objektif mata pelajaran pendidikan muzik.

Pendidikan Muzik bertujuan untuk mengembangkan minat dan bakat murid dalam seni muzik serta membentuk sahsiah yang meliputi perasaan, kreativiti, nilai estetika, budaya, etika tertentu, kecerdasan mental, psikomotor dan sosialisasi. Kurikulum Pendidikan Muzik bercorak umum dan member tumpuan kepada kegiatan amali yang aktif dan menyeronokan.

Silibus Mata Pelajaran Pendidikan Musik Tahun 6

Berdasarkan kepada buku teks pendidkan muzik tahun 6, Terdapat 10 unit dan 2 projek seni muzik. Berikut merupakan senarai unit dan projek yang terdapat dalam buku teks tersebut:

UnitPerkara
Unit 1 Selia Kawan
Unit 2 Gerbang Ilmu
Unit 3 Tudung Periuk
Unit 4 Rangkaian Globalisasi
Unit 5 Mikroorganisma
Unit 6 Memori Indah
Unit 7 Puteri Legenda Langkawi
Unit 8 Warna-warni Malaysia
Unit 9 Kelestarian Alam
Unit 10 Rindu

Projek seni

  • Projek Seni Muzik Penggal Satu
  • Projek Seni Muzik Penggal Dua

Kandungan buku teks ini yang bersesuaian dengan pengguna sasaran dipersembahkan daripada aras mudah ke aras sukar selari dengan peningkatan ilmu teori dan praktikal pembelajaran muzik dari tahun 1 hingga tahun 5. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terkandung dalam buku teks ini menitikberatkan kebolehan mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta bagi setiap aktiviti secara kendin, berpasangan atau berkumpulan Guru perlu sentiasa bersedia dan prihatin dalam membimbing serta mengukuhkan kemahiran dan kreativiti murid melalui aktiviti mendengar, berkarya dan membuat persembahan yang berkesan

Ikuti kami di saluran Telegram untuk mendapatkan nota dan latihan persediaan menduduki UASA atau PAT dengan menekan pautan berikut:

Modul Pendidikan Muzik Tahun 6

Modul Nota Pendidikan Muzik Tahun 6

Berikut merupakan nota pendidikan muzik tahun 6 yang merangkumi 10 unit dalam buku teks. Penerangan ringkas dan beserta gambar rajah sangat membantu pelajar memahami dan sebagai persediaan Peperiksaan UASA Pendidikan Musik Tahun 6.

Kepada Para guru dan ibu bapa yang hendak mendapatakan nota berikut, anda boleh mendapatakannya dengan menekan tombol downlod di bawah.

Modul Persediaan Menduduki Peperiksaan UASA Pendidikan Musik Tahun 6

Koleksi Kertas Peperiksaan Pendidikan Muzik

kertas soalan pendidikan muzik mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan yang disediakan.

Kertas soalan pendidikan muzik
Kertas soalan pendidikan muzik set 1
Kertas soalan pendidikan muzik set 2
Kertas soalan pendidikan muzik set 3
Kertas soalan pendidikan muzik set 4
Kertas soalan pendidikan muzik set 5
Kertas soalan pendidikan muzik set 6
Kertas soalan pendidikan muzik set 7
Kertas soalan pendidikan muzik set 8
Kertas soalan pendidikan muzik set 9
Kertas soalan pendidikan muzik set 10
Persediaan Peperiksaan UASA Pendidikan Musik Tahun 6

Kuiz Pemahaman Pendidkan Muzik Tahun 6

Kuiz Dalam Talian

Para guru atau ibu bapa boleh mengajak anak-anak bermain dengan menjawab quiz yang admin kongsikan di bawah di samping menilai sejauh mana kefahaman pelajar dan persediaannya menduduki peperiksaan UASA pendidikan Musik Tahun 6.

Semoga perkongsian kali ini, anda dapat mengambil manfaat daripada bahan yang admin sediakan bagi persediaan peperiksaan UASA pendidikan musik tahun 6 dan sekaligus membantu meningkatkan kemahiran dalam bidang muzik sejak kecil lagi.