Facebook Instagram Twitter Youtube
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Search
Pendidikan Rasmi
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Login Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) 2023
  • Login

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) 2023

October 24, 2023
2028
Gambar hiasan Sistem Bersepadu KPM MOEIS

Perhatian kepada semua pendidik di bawah KPM, panduan penggunaan sistem bersepadu KPM (MOEIS) bagi memudahkan pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. Pentaksiran ini termasuk berkaitan murid, guru dan institusi pendidikan.

Sistem bersepadu KPM MOEIS terdapat di dalam sistem idMe. Oleh itu, kami akan membantu anda mengekses sistem bersepadu KPM (MOEIS) melalui idMe berdasarkan panduan yang disediakan.

Contents

  • 1 Panduan Penggunaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)
    • 1.1 Apa itu MOEIS?
    • 1.2 Tujuan
    • 1.3 Modul Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu
  • 2 Log Masuk dan Keluar
    • 2.1 Log Masuk idMe
    • 2.2 Lupa Kata Laluan
    • 2.3 Daftar Pengguna
    • 2.4 Log Masuk Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB)
    • 2.5 Log Keluar
  • 3 Fungsi Umum Pentaksiran Bersepadu MOEIS
    • 3.1 Skrin Utama
    • 3.2 Kawalan Paparan Utama
    • 3.3 Kawalan Paparan Rekod/jadual
    • 3.4 Maklumat Lanjut

Panduan Penggunaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Transformasi ICT (ITP) 2019-2023 KPM pada Januari 2019 bagi menyokong visi KPM dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta menjadi sumber rujukan utama dalam membuat perancangan keperluan ICT KPM.

Salah satu daripada inisiatif ICT yang telah digariskan dalam ITP KPM ialah pelaksanaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) yang meliputi pembangunan semula sistem yang bersepadu merangkumi sistem pengurusan murid, guru dan institusi pendidikan.

Apa itu MOEIS?

MOEIS atau dikenali juga sebagai sistem bersepadu KPM meliputi pembangunan semula sistem yang bersepadu merangkumi sistem pengurusan murid (dikenali sebagai APDM), pengurusan guru (dikenali sebagai e-operasi), pengurusan institusi pendidikan (dikenali sebagai emis) & pengurusan pentaksiran (Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu KPM -SPPB).

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)
Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Tujuan

Sistem pentaksiran baru ini bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut:

  • Sistem pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh
  • Sistem pentaksiran melibatkan pra-sekolah sehingga lepasan menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional
  • Merangkumi keupayaan proses yang berkaitan yang dikendalikan pada setiap peringkat sama ada di peringkat Kementerian, Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan sekolah
  • Mengautomasi secara komprehensif segala proses-proses manual sedia dengan lebih bersepadu
  • Berkeupayaan untuk menyimpan rekod dan sejarah pentaksiran murid yang sedang menjalani atau telah tamat pengajian.

Modul Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu

Sistem pengurusan pentaksiran bersepadu kpm (SPPB)
1. Pentaksiran pra sekolah
2. Pentaksiran bilik darjah
3. Pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan khas
4. Pentaskiran Peperiksaan dalaman sekolah
5. Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum (PAJSK)
6. Pentaksiran standard kecergasan fizikal kebangsaan (SEGAK) & BMI 5-9T
7. Pentaksiran psikometrik
8. Pentaksiran jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain (jQaf)
9. Pentaksiran kemahiran al-quran (KKQ)
10. Pentaksiran perkara asas fardu ain (PAFA)
11. Pentaksiran eHafazan
12.Pemulihan khas
13. Pentaksiran berasaskan projek

Ikuti kami di saluran Telegram bagi mendapatkan bahan nota dan latihan sekolah rendah melalui pautan berikut:

Telegram Pendidikan

Log Masuk dan Keluar

Untuk pengguna-pengguna log masuk dan log keluar dari sistem SPPB. Untuk log masuk, pengguna mestilah berdaftar dengan
Sistem Pengurusan Identiti (idMe) KPM. Fungsi log masuk dan log keluar sistem SPPB adalah bersangkutan dengan sistem idMe.

Log Masuk idMe

  1. Layari lama rasmi idMe: Lama Rasmi idMe
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Klik butang Daftar Masuk
  4. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan dimedan yang disediakan.
  5. Klik butang Daftar Masuk.
  6. Klik Daftar Baru untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.
Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)
Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Lupa Kata Laluan

  1. Klik Lupa Kata Laluan jika terlupa kata laluan.
  2. Masukkan alamat emel yang sah dimedan yang disediakan.
  3. Masukkan captcha bertulis dimedan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.
  4. Berjaya mendapat pengesahan lupa kata laluan diemel pengguna dan klik pada butang Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.
Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)
Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)
Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)
Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Daftar Pengguna

  1. Layari lama rasmi idMe: Lama Rasmi idMe
  2. Klik Daftar Baru untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.
  3. Isikan semua maklumat dimedan yang disediakan. Maklumat yang bertanda *adalah wajib untuk diisi.
  4. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis dimedan yang disediakan.
  5. Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang “Reset” untuk reset semula maklumat pengguna.

Log Masuk Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB)

Klik ikon pengurusan pentaksiran bersepadu

Nota:

  1. Sistem akan papar Skrin Sistem Pengurusan Identiti (idMe) apabila pengguna berjaya Log Masuk.
  2. Sistem akan papar skrin halaman utama Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) apabile ikon diklik
Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)
Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Log Keluar

  1. Pada skrin SPPB, klik butang di sebelah ID Pengguna, sistem akan papar menu untuk log keluar.
  2. Klik butang log keluar. Sistem akan log keluar pengguna dari SPPB dan akan paparkan skrin idMe seperti di bawah.
  3. Klik butang log keluar. Sistem akan log keluar pengguna dari idMe.

Nota 1:
Sistem akan papar Skrin Sistem Pengurusan Identiti (idMe) apabila pengguna Log Keluar dari Sistem Pengurusan Pentaksiran Berpusat (SPPB)

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Fungsi Umum Pentaksiran Bersepadu MOEIS

Berikut adalah senarai fungsi-fungsi umum yang disediakan:

  1. Skrin Utama
  2. Kawalan Paparan Menu
  3. Kawalan Paparan Rekod/Jadual
  4. Carian
  5. Muat Naik/Lampiran
  6. Hapus Rekod
  7. Cetak
  8. Kembali ke Laman Utama
  9. Arkib

Skrin Utama

Nota: Berikut adalah kedudukan ikon-ikon, butang-butang, dan paparan yang terdapat pada skrin utama.

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Kawalan Paparan Utama

Nota: Secara default menu-menu akan dipapar pada setiap skrin. Untuk nyah paparan menu dari skrin, sila ikut langkah-langkah
berikut.

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Kawalan Paparan Rekod/jadual

Nota A: Pengguna boleh nyah paparan/papar semula senarai rekod/atau jadual menggunakan butang dan ikut langkah berikut.

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Untuk mengetahui penerangan penggunaan lebih lanjut berkaitan fungsi Pentaksiran Bersepadu MOEIS, anda blh memuat turun melalui pautan berikut:

KPM SPPB Manual Pengguna PBD PERDANA GURU MATAPELAJARAN V1

Maklumat Lanjut

Maklumat Lanjut Tentang Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Dan Pendaftaran idMe, atau pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS), sila kemukakan ke

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

No. Tel : 03-88843501

No. Fax : 03-88895244

Previous articleNota Kata Pemeri Subjek Bahasa Melayu Tahun 6
Next articleSenarai Simpulan Bahasa Dan Contoh Soalan
Ibnu Syar

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

SPLKPM: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU

EGTUKAR KPM: PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH

Recent Posts

  • Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025
  • Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik
  • Latihan Sumatif 1 PAI Tahun 4 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Tahun 3 2025
We provide you with the latest breaking news and videos straight from the entertainment industry.
Contact us: [email protected]
Facebook Instagram Twitter Youtube

MUNGKIN MEMINATI

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

April 8, 2025
Soalan Exam Sumatif 1 Subjek Pendidikan Islam Darjah 6 2025

Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025

April 8, 2025
Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025

Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik

April 7, 2025

KATEGORI POPULAR

  • Latihan403
  • Soalan Peperiksaan332
  • Buku Panduan & Pengurusan220
  • SPM213
  • Modul207
  • Nota172
  • UPSA132
  • Utama
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hubungi
© Pendidikan SGO