Facebook Instagram Twitter Youtube
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Search
Pendidikan Rasmi
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Login SAPS Ibu Bapa, Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Online 2023
  • Login

SAPS Ibu Bapa, Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Online 2023

September 21, 2023
1571
Saps Ibu Bapa, Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Online

Aplikasi SAPS Ibu Bapa dicipta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tujuan untuk menyusun laporan markah peperiksaan pelajar dengan lebih sistematik. SAPS merujuk kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Guru-guru mempunyai akses untuk memasukkan markah ke dalam aplikasi SAPS Ibu bapa. Sementara itu, ibu bapa boleh memeriksa pencapaian markah anak-anak mereka melalui Sistem Semakan Ibu Bapa SAPS.

JOM FOLLOW KAMI DI TELEGRAM UNTUK INFO TERKINI

Contents

  • 1 Semakan Slip Keputusan Peperiksaan melalui Aplikasi SAPS Ibu bapa
    • 1.1 Cara untuk membuat semakan di Aplikasi SAPS Ibu bapa
  • 2 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah – SAPS
  • 3 Rujukan Gred SAPS Ibu bapa
    • 3.1 Klasifikasi Gred Sekolah Rendah
    • 3.2 Klasifikasi Gred Menengah Rendah
    • 3.3 Klasifikasi Gred Menengah Atas
  • 4 Kelebihan Menggunakan Aplikasi SAPS Ibu bapa
    • 4.1 Akses Mudah
    • 4.2 Pantau Prestasi Pelajar
    • 4.3 Mengurangkan Kegagalan Penghantaran Keputusan
    • 4.4 Pemprosesan Pantas
    • 4.5 Pemantauan dan Penyelarasan Kurikulum
    • 4.6 Penyediaan Laporan Prestasi
    • 4.7 Kemudahan Komunikasi
    • 4.8 Meningkatkan Transparansi
    • 4.9 Pengurangan Kerja Manual

Semakan Slip Keputusan Peperiksaan melalui Aplikasi SAPS Ibu bapa

Untuk ibu bapa yang ingin menyemak keputusan peperiksaan anak, sila klik butang yang tersedia di bawah ini:

Cara untuk membuat semakan di Aplikasi SAPS Ibu bapa

Bagi memudahkan urusan anda, sila ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan nombor sijil lahir ataupun kad pengenalan pelajar. Pastikan memasukkan tanpa tanda (space) ataupun sengkang.
  2. Kemudian, masukkan maklumat pelajar dan sekolah terkini ataupun sekolah sebelum ini jika ada.
  3. Pastikan negeri, daerah dan nama sekolah adalah betul anda masukkan.
  4. Klik semak.
  5. Kemudian, keputusan peperiksaan anda akan dipaparkan.
SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI WEBSITE RASMI

Ibu bapa juga boleh menyemak di aplikasi SAPS Touch: Semakan Keputusan dan boleh didapati Google PlayStore pengguna smartphone Android. Sila klik butang yang tersedia di bawah ini untuk langsung install ke aplikasi:

SAPS Touch: Semakan Keputusan
Saps Ibu Bapa, Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Online

Langkah untuk membuat semakan dengan masukkan nombor kad pengenalan dan tekan tombol check. Kemudian, keputusan peperiksaan anda akan dipaparkan. Paparan yang keluar termasuk keputusan peperiksaan-peperiksaan sebelumnya.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah – SAPS

Para guru yang ingin mengakses SAPSNKRA untuk memasukkan markah peperiksaan anak murid anda, bolehlah klik butang di bawah:

SAPS LOGIN
Saps Ibu Bapa, Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Online

Masukkan ID pengguna dan juga kata laluan anda di dalam ruangan yang diminta.

Selepas itu, klik login. Kemudian anda bolehlah mula untuk key in data markah peperiksaan pelajar mengikut subjek yang anda ajar.

Rujukan Gred SAPS Ibu bapa

Setiap peringkat pendidikan menggunakan penilaian gred yang berbeza mengikut kepada tahap pendidikan pelajar. Para ibu bapa boleh merujuk gred bagi anak-anak berpandukan jadual yang di sediakan:

Klasifikasi Gred Sekolah Rendah

Bagi gred sekolah rendah, kami dapat sediakan tahun 4 hingga tahun 6 sahaja. Jadual gred pelajar adalah seperti berikut:

GredGred Markah Sekolah RendahTahap
AAntara 80 hingga 100 markahCemerlang
BAntara 65 hingga 79 markahBaik
CAntara 50 hingga 64 markahMemuaskan
DAntara 40 hingga 49 markahTahap Minimum
EAntara 40 hingga 49 markahTidak Memuaskan
TH–Tidak Hadir
Senarai semak gred SAPS ibu bapa bagi Sekolah Rendah

Klasifikasi Gred Menengah Rendah

Untuk menengah rendah termasuklah ujian Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Boleh rujuk jadual dibawah panduan gred bagi menengah rendah:

GredGred Ujian Menengah RendahTahap
AAntara 85 hingga 100 markahCemerlang
BAntara 70 hingga 84 markahKepujian
CAntara 60 hingga 69 markahBaik
DAntara 50 hingga 59 markahMemuaskan
EAntara 40 hingga 49 markahTahap Minimum
FAntara 0 hingga 39 markahTidak Memuaskan
Senarai semak gred SAPS ibu bapa bagi Menengah Rendah

Klasifikasi Gred Menengah Atas

Menengah atas pula merangkumi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sahaja. Berikut merupakan jadual gred bagi pelajar menengah atas:

GredGred Ujian Menengah Atas
Tahap
A+Antara 90 hingga 100 markahCemerlang Tertinggi
AAntara 80 hingga 89 markahCemerlang Tinggi
A-Antara 70 hingga 79 markahCemerlang
B+Antara 65 hingga 69 markahKepujian Tertinggi
BAntara 60 hingga 64 markahKepujian Tinggi
C+Antara 55 hingga 59 markahKepujian Atas
CAntara 50 hingga 54 markahKepujian
DAntara 45 hingga 49 markahLulus Atas
EAntara 40 hingga 44 markahLulus
GAntara 0 hingga 39 markahGagal
Senarai semak gred SAPS ibu bapa bagi Menengah Atas

Kelebihan Menggunakan Aplikasi SAPS Ibu bapa

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Kebangsaan (SAPS) mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya satu alat penting dalam pengurusan peperiksaan dan pendidikan di Malaysia:

Akses Mudah

SAPS boleh diakses secara dalam talian, membolehkan pelajar, ibu bapa, guru, dan pihak pentadbiran sekolah mengakses maklumat peperiksaan dengan mudah melalui laman web rasmi.

Pantau Prestasi Pelajar

SAPS membolehkan ibu bapa dan pelajar untuk menyemak keputusan peperiksaan secara dalam talian. Ini memudahkan mereka untuk memantau prestasi pelajar dan membuat perancangan pendidikan yang sesuai.

Mengurangkan Kegagalan Penghantaran Keputusan

Dengan SAPS, keputusan peperiksaan boleh diakses dalam talian, mengurangkan masalah kegagalan penghantaran keputusan dalam bentuk fizikal yang mungkin hilang atau rosak.

Pemprosesan Pantas

SAPS membolehkan pemprosesan keputusan peperiksaan dengan pantas dan efisien. Hasil peperiksaan boleh didapati dalam tempoh yang lebih cepat berbanding sistem manual.

Pemantauan dan Penyelarasan Kurikulum

SAPS memudahkan pentadbir sekolah untuk memantau prestasi pelajar dan menyelaraskan kurikulum dengan lebih baik. Data dari SAPS digunakan untuk membuat penyesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penyediaan Laporan Prestasi

SAPS membolehkan penyediaan laporan prestasi pelajar secara terperinci. Ini membantu guru dan pentadbiran sekolah untuk menyediakan penilaian prestasi pelajar dan membuat tindakan yang diperlukan.

Kemudahan Komunikasi

Melalui SAPS, ibu bapa boleh mengikuti prestasi anak-anak mereka dan berkomunikasi dengan guru atau pentadbiran sekolah dalam urusan pendidikan.

Meningkatkan Transparansi

SAPS meningkatkan transparansi dalam pentadbiran peperiksaan dan pentadbiran sekolah secara keseluruhannya. Ini membantu mewujudkan kepercayaan dalam sistem pendidikan.

Pengurangan Kerja Manual

SAPS mengurangkan kerja manual dan kerja penyimpanan rekod fizikal. Ini mengurangkan peluang kesalahan dan menghemat masa dan sumber.

Penilaian Holistik

SAPS bukan hanya tentang penyediaan keputusan peperiksaan tetapi juga mengandungi data prestasi pelajar dan maklumat berkaitan yang membantu dalam penilaian holistik perkembangan pelajar.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa sistem seperti SAPS hanya berkesan jika digunakan dengan betul dan dikelola dengan baik oleh pihak pendidikan. Keberkesanan SAPS juga bergantung pada kerjasama semua pihak yang terlibat, termasuk ibu bapa, guru, dan pentadbiran sekolah.

Previous articleCerita Kanak-Kanak Semut Mengalahkan Gajah Bersama Bahasa Isyarat
Next articleKOLEKSI SOALAN UPKK 2022 SEKOLAH RENDAH
Ibnu Syar

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) 2023

SPLKPM: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU

Recent Posts

  • Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025
  • Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik
  • Latihan Sumatif 1 PAI Tahun 4 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Tahun 3 2025
We provide you with the latest breaking news and videos straight from the entertainment industry.
Contact us: [email protected]
Facebook Instagram Twitter Youtube

MUNGKIN MEMINATI

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

April 8, 2025
Soalan Exam Sumatif 1 Subjek Pendidikan Islam Darjah 6 2025

Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025

April 8, 2025
Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025

Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik

April 7, 2025

KATEGORI POPULAR

  • Latihan403
  • Soalan Peperiksaan332
  • Buku Panduan & Pengurusan220
  • SPM213
  • Modul207
  • Nota172
  • UPSA132
  • Utama
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hubungi
© Pendidikan SGO